top of page

Modul Aulad Sejahtera perkasa adab dan nilai murni sejak prasekolah

Writer: Azuan Ab Rahman
Azuan Ab Rahman
1 hour ago
1 min read

Pendidikan yang baik bukan hanya mengenai membaca, menulis dan mengira, sebaliknya membentuk pelajar menjadi manusia yang mempunyai sifat empati dan tahu menghormati orang lain.


Justeru Menteri Pendidikan Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, pendidikan nilai dan pembentukan karakter pelajar perlu bermula sejak peringkat prasekolah.


"Usaha ini tentunya memerlukan dukungan ibu bapa, guru dan seluruh masyarakat. Apa yang diajarkan di sekolah perlu terus disuburkan di rumah. Anak-anak belajar bukan hanya melalui apa yang kita pesan tetapi juga melalui apa yang mereka lihat setiap hari," katanya.


Fadhlina yang juga Ketua Wanita KEADILAN berkata begitu menerusi hantaran di Facebook.

Menerusi hantaran sama beliau turut menzahirkan penghargaan atas keprihatinan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berhubung gejala sosial yang semakin membimbangkan dalam kalangan generasi muda.


"Saya berbesar hati menghadiri Majlis Pelancaran Modul Aulad Sejahtera 2026 Edisi Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia disempurnakan Tuanku Muhriz.


"Semoga ikhtiar yang bermula di Negeri Sembilan ini menjadi contoh yang baik dalam usaha kita membina generasi yang berilmu dan beradab," katanya.


Melalui modul tersebut, seramai 8,365 murid prasekolah KPM di Negeri Sembilan bakal menerima manfaat melalui pendekatan yang memberikan perhatian kepada pembentukan adab, nilai murni, kesejahteraan emosi dan perkembangan sosial mereka.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page