top of page

MoA UM - syarikat semikonduktor kukuhkan industri pembuatan negara

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Mar 14, 2024
1 min read


Oleh: Abdullah Zaid


Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung kelmarin hadir menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) di antara Universiti Malaya (UM) dengan syarikat semikonduktor NXP Malaysia Sdn Bhd bagi memperkukuhkan industri pembuatan tempatan.


Chean Chung yang juga Pengarah Komunikasi KEADILAN Malaysia berkata kerjasama tersebut bakal mewujudkan peluang pekerjaan rakyat tempatan dalam industri pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi (HGHV) yang sejajar dengan pelan pembangunan negara.


"Sejajar dengan rancangan penstrukturan semula ekonomi jangka panjang Malaysia iaitu Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP), kita boleh mempercepatkan peralihan negara dan membuka peluang pelaburan yang besar," katanya dalam satu kenyataan.


Tambah Chean Chung, perjanjian tersebut mampu meningkatkan ekonomi negara selain berpotensi mewujudkan lebih banyak lagi peluang pekerjaan dan pembangunan bakat tempatan di kawasan parlimennya.


"Kerjasama antara Semikonduktor NXP dan UM penting bagi mempercepatkan inovasi, penyelidikan dan pembangunan bakat.


"Oleh itu, saya akan terus bekerjasama dengan pemain industri semikonduktor dan institusi pengajian memulakan perjalanan transformatif dan mendorong inovasi ke tahap baharu di negara kita," katanya lagi.


Untuk rekod, Malaysia menyumbang 13 peratus daripada pengeluaran peringkat akhir semikonduktor global selain menerima manfaat bernilai RM593.5 bilion bagi eksport negara.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page