MKN perlu ambil pendekatan drastik kurangkan jangkitan Covid 19


Jangkitan harian pandemik Covid 19 yang mencatat angka 20,000 kes selama seminggu berturut-turut amat membimbangkan.


Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Wilayah Persekutuan, P. Prabakaran berkata, bagi mengatasi hal berkenaan Majlis Keselamatan Negara (MKN) seharusnya mengambil pendekatan yang lebih efisien untuk mengurangkan kes dan tidak boleh terus menggunakan strategi sedia ada yang tidak berkesan.


"Mungkin kita sedang mengamalkan SOP atau langkah-langkah penjagaan yang tidak efektif. MKN perlu mengambil tindakan lebih drastik untuk mencari jalan mengurangkan jangkitan.


"MKN dan semua agensi di bawahnya gagal membuat pemantauan di kawasan yang mempunyai kes tinggi. Terutamanya kawasan Perumahan Awam (PPR) dan di kawasan yang padat penduduk tidak ada rondaan dan tiada pemantauan oleh mana-mana agensi. Mereka yang mempunyai jangkitan bebas bergerak ke sana ke sini.


"Ketua Pengarah Kesihatan berkata, kita boleh buat laporan polis sekiranya ada pelanggaran SOP. Berapa ramai yang akan pergi ke balai polis berdekatan untuk membuat laporan tersebut?


"Satu pendekatan baru yang lebih serius dalam implimentasi diperlukan buat masa ini. Ianya perlu dipercepatkan tanpa melengahkan masa lagi," kata Prabakaran dalam satu kenyataan.


Menurut Ahli Parlimen Batu itu lagi, pihak berkuasa seperti polis perlu mempergiat rondaan dan memastikan pematuhan Prosedur Operasi Piawai (SOP) berlaku di kawasan-kawasan yang padat penduduk agar jangkitan tidak mudah merebak.


"Jangkitan Covid menjadi semakin parah sejak kebelakangan ini, jadi satu langkah untuk mengekang penularannya diperlukan. Rondaan atau tindakan daripada agensi kerajaan seperti KKM dan polis harus digiatkan.


"Rakyat akan lebih berdisiplin sekiranya melihat rondaan-rondaan sebegini. Pihak polis harus meningkatkan rondaan dua kali ganda dari prosedur rondaan yang sedia ada.


"Marilah bersama-sama kita bendung jangkitan ini," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
19198
292
20980
Total
1,979,698
20,711
1,721,710

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
349,788
5,246
372,363
Total
225,423,690
4,643,538
200,274,221

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER