top of page

MKM bimbang kenyataan Hj Hadi subur amalan takfir



Kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menuduh KEADILAN menentang al-Quran dianggap merbahaya dan cenderung membawa kepada amalan takfir (menuduh seseorang sebagai kafir).


Mahasiswa KEADILAN Malaysia (MKM) dalam satu kenyataan menegaskan parti itu tidak pernah menentang al-Quran seperti didakwa, sebaliknya yang ditolak adalah sikap mempolitikkan agama serta pembawaan Islam yang ekstrem dan untuk kepentingan politik.


"Ucapan Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution dalam Kongres Khas Nasional 2023 menegaskan bahawa Islam sebagai agama ‘lengkap’ yang mempunyai panduan berpolitik.


"Tambah beliau "kita dituntut berpolitik secara beragama, kita bukan dituntut mempolitikkan agama," tegas MKM.


Abdul Hadi membuat dakwaan kononnya KEADILAN melawan al-Quran susulan seruan Saifuddin supaya ahli parti itu menyerang sebarang kenyataan ahli politik yang mempolitikkan agama.


Hal itu susulan kenyataan Abdul Hadi yang menyanggah titah Sultan supaya masjid jangan digunakan sebagai pentas politik


Sementara itu dalam kenyataannya juga MKM menegaskan pentadbiran Kerajaan Perpaduan dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bergerak sejajar dengan intipati al-Quran dan sunnah Rasulullah dalam politik, siasah dan pentadbiran negara.


Perkara itu terbukti apabila Malaysia Madani berkonsepkan Sahifah Madinah yang menegakkan keadilan, membantu masyarakat tanpa mengira kaum dan agama mengangkat negara telah diperkenalkan Presiden KEADILAN itu dalam pentadbirannya.


"Pelaksanaan perkara itu adalah seperti mana diasaskan oleh beberapa ilmuan terkenal Islam, iaitu Al-Farabi, Ibn Khaldun, Syed Muhammad Naquib al- Attas dan Rashid al-Ghannushi," kata mereka.


Sehubungan itu MKM menuntut semua pimpinan daripada mana-mana parti harus bertanggungjawab dalam mengeluarkan sebarang kenyataan.


Tindakan atau kenyataan yang boleh mencetuskan ketegangan antara kaum dalam negara yang dibina oleh rakyat pelbagai bangsa hanya akan merencatkan proses pembangunan negara dan masyarakat.


"Malah, sebagai seorang agamawan, Hj Hadi harus menyokong usaha Perdana Menteri untuk melahirkan masyarakat madani yang memfokuskan perkembangan ilmu dan pembinaan insan secara holistik


"Mempergunakan agama untuk mencapai kuasa politik bukan satu tauladan yang baik oleh mana-mana pemimpin," kata kenyataan tersebut.

0 comments

Kommentare


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page