MITRA salur RM5 juta, gereja India, gurdwara terima manfaat


Peruntukan RM5 juta oleh MITRA menerusi Program Harmoni MADANI yang turut memberi manfaat kepada gereja-gereja India dan gurdwara disifatkan sebagai langkah bermakna dalam memperkasa komuniti India Kristian.
Pengarah Strategi KEADILAN Wilayah Persekutuan, Jonathan Vela berkata, inisiatif itu membuktikan pembangunan masyarakat India dilaksanakan secara inklusif tanpa mengira latar belakang agama.
"Saya menyambut baik pengumuman peruntukan RM5 juta oleh MITRA menerusi Program Harmoni MADANI, yang turut memberi manfaat kepada gereja-gereja India dan gurdwara di seluruh negara.

"Melalui inisiatif ini, setiap rumah ibadat yang layak berpeluang menerima RM20,000, dengan sehingga 250 rumah ibadat disasarkan untuk diperkasakan sebagai hab pembelajaran serta pusat aktiviti sosial dan kerohanian masyarakat," katanya dalam kenyataan media.
Menurut beliau, pengiktirafan khusus terhadap gereja India menerusi program berkenaan merupakan perkembangan amat bermakna kepada komuniti India Kristian di Malaysia.
Katanya, gereja Tamil dan India sejak sekian lama bukan sahaja telah menjadi pusat kerohanian, malah turut memainkan peranan dalam pendidikan, pembangunan belia, kebajikan keluarga dan khidmat masyarakat.
"Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, atas kepimpinan dan komitmen Kerajaan MADANI dalam memastikan pembangunan masyarakat India dilaksanakan secara lebih inklusif, merangkumi kepelbagaian agama dalam komuniti kita," katanya.
Jonathan turut merakamkan penghargaan kepada Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R. Ramanan, yang disifatkannya terus memberikan perhatian terhadap keperluan masyarakat India serta memperkukuhkan usaha MITRA.
"Penghargaan yang sama saya tujukan kepada Datuk Seri Ramanan, yang terus membawa perhatian terhadap keperluan masyarakat India dan memperkukuhkan usaha MITRA dalam memastikan bantuan serta peluang pembangunan sampai kepada masyarakat di peringkat akar umbi.
"Inisiatif ini membawa mesej yang penting bahawa pembangunan masyarakat India perlu merangkumi semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang agama," katanya.
Dalam pada itu, beliau berharap pelaksanaan peruntukan berkenaan dilakukan secara telus dan mudah diakses, termasuk oleh gereja-gereja kecil yang telah lama menjalankan kerja kebajikan dan pembangunan komuniti.
Beliau turut menyeru gereja-gereja India dan Tamil yang memenuhi syarat supaya memanfaatkan peluang berkenaan dengan mengemukakan permohonan apabila ia dibuka.
"Apabila kita memperkasakan institusi yang mendidik, me




Comments