top of page

MITRA nafi dakwaan Timbalan Presiden MIPP

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 4 hours ago
  • 1 min read


Unit Transformasi India Malaysia (Mitra) menafikan dakwaan bahawa tiada sekolah Tamil menggunakan komputer riba refurbished (diperbaharui) yang diagihkan melalui program bernilai RM3.26 juta.


Pengerusi Pasukan Petugas Khas (JPPK) Mitra, P Prabakaran, tinjauan dilakukan di 161 sekolah mendapati 90% menyatakan komputer itu membantu dalam pembelajaran maya.


"Berdasarkan hasil tinjauan, didapati 90% sekolah menyatakan bahawa pemberian komputer riba ini membantu murid sekolah dalam Persekitaran Pembelajaran Maya (Virtual Learning Environment-VLE).


"Secara keseluruhan, tinjauan terhadap impak juga mendapati program ini telah memberi impak yang positif daripada pentadbir sekolah dan guru-guru.


"Selain itu, pihak pembekal telah mengambil tanggungjawab untuk menyelesaikan aduan-aduan yang dikemukakan oleh pihak sekolah dari semasa ke semasa," katanya menerusi satu kenyataan seperti dilapor.


Sebelum ini, Timbalan Presiden Parti Rakyat India Malaysia, S Subramaniam mencabar Perdana Menteri dan Prabakaran untuk menyiasat program yang dilancarkan pada November 2023 itu.


Subramaniam mendakwa komputer dibekalkan tidak dapat digunakan di sekolah.


Difahamkan, program tersebut diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Mitra JPM Bil. 4 Tahun 2023 yang bersidang pada 21 Julai 2023 berdasarkan tatacara dan peraturan pemberian geran yang diluluskan oleh Jabatan Perdana Mente


Ia bertujuan mengurangkan jurang digital dan membantu pembelajaran abad ke-21, khususnya di SJKT luar bandar dan bandar.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page