top of page

Mitra kini kembali semula ke Jabatan Perdana Menteri



Jemaah Menteri bersepakat untuk meletakkan Unit Transformasi Masyarakat India (Mitra) kembali di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, perkara itu diputuskan secara bersama oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Perpaduan Negara Aaron Ago Dagang.


"Jemaah Menteri membuat keputusan MITRA akan dikembalikan ke JPM, mengenai penguatkuasaan bila akan dipindahkan kita boleh rujuk kepada pihak MITRA," katanya dalam sidang media pasca mesyuarat Kabinet, hari ini.


Untuk rekod, Mitra sebelum ini diletakkan di bawah Kementerian Perpaduan Negara.


Mitra pada asalnya dikenali sebagai unit khas Pembangunan Sosioekonomi Komuniti India atau Sedic dan dijenamakan semula sebagai Mitra pada 2018 di bawah Kementerian Perpaduan sebelum dipindah di bawah JPM sejak September 2022.


Namun pada Disember lalu, MITRA diletakkan semula di bawah Kementerian Perpaduan dengan Ahli Parlimen Batu, P. Prabakaran dilantik sebagai Pengerusi MITRA bagi mengantikan Datuk R Ramaman mengisi jawatan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).

0 comments

Kommentare


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page