top of page

Mitra bakal agih komputer 6,000 unit komputer riba



Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra) bakal bekerjasama dengan firma terkenal, Google Malaysia.


Pengerusi Jawatankuasa Petugas Khasnya, Datuk R Ramanan berkata kerjasama itu bagi membekalkan sejumlah 6,000 unit bantuan komputer riba kepada sejumlah 525 buah sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT) di seluruh negara.


Inisiatif baharu itu dengan dengan anggaran kos RM3 juta ujarnya, bakal memberikan akses lebih luas kepada murid India dalam bidang teknologi komunikasi dan maklumat sekaligus membolehkan makmal komputer di SJKT menyediakan peluang penyertaan pelajar kaum tersebut terutama dalam kalangan keluarga miskin.


"Saya berharap kerja penghantaran laptop versi diperbaharui tersebut akan dapat bermula pantas secara berperingkat pada minggu depan juga sepanjang bulan ini,” katanya dipetik


Selain itu, menyentuh mengenai perkembangan Program Pembangunan Sosioekonomi Bersasar, beliau berkata, setakat semalam terdapat 36 kawasan Parlimen sudah dibantu melibatkan peruntukan sebanyak RM3.59 juta disalurkan kepada pusat khidmat wakil rakyat di kawasan yang memiliki kepadatan tinggi populasi komuniti India.


Sejumlah 11 permohonan, tambah Ramanan, dengan nilai RM1.1 juta pula dalam proses pembayaran dan dijangka dapat diselesaikan pada minggu minggu pertama bulan ini juga.


Mitra menjangkakan kesemua 72 kawasan Parlimen yang dikenal pasti ramai masyarakat India menerima peruntukan keseluruhan berjumlah RM7.2 juta menjelang akhir tahun ini.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page