top of page

MITI jalin kerjasama antara kementerian, tambah tenaga kerja mahir



Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berusaha memastikan keperluan tenaga mahir di negara ini dapat memenuhi permintaan pelabur.


Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, MITI akan bekerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan Tinggi dan Majlis TVET Negara bagi merangka perancangan yang sewajarnya dalam meningkatkan bilangan golongan itu.


"Satu contoh adalah kami membincangkan cadangan untuk membenarkan pelajar yang belajar di universiti Malaysia, seperti pelajar kejuruteraan untuk bekerja. Pada masa ini mereka tidak dibenarkan untuk bekerja.


"Kita akan lihat pada bahagian yang tidak dapat ditampung oleh pekerja tempatan, terutamanya dalam perkhidmatan tokokan nilai dan sektor teknologi tinggi, dan membenarkan pelajar bekerja bagi satu tempoh tertentu," katanya dipetik selepas majlis Dialog MITI 2024, di Kuala Lumpur pada Isnin.


Tengku Zafrul sementara itu mengulas keperluan meningkatkan jumlah tenaga kerja mahir di negara ini.


Memberi contoh pembukaan kilang AT&S Austria Technologie & Systemtechnik (Malaysia) Sdn Bhd di Kulim, Kedah , beliau menjelaskan bagaimana kilang tersebut memerlukan 6,000 jurutera.


"Intel memerlukan 5,000 jurutera. Ia suatu yang positif (pelaburan) tetapi pada masa yang sama, negara kita perlu memastikan tenaga kerja ada tersedia.

"Kita juga perlu menarik pekerja dan pelajar kita di luar negara untuk kembali ke tanah air; kita ada ramai (pekerja dan pelajar di luar negara)," katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page