top of page

Miskin tegar akan dinokhtahkan seluruh negara



Oleh: Abdullah Zaid


Kerajaan Madani kekal komited untuk menoktahkan kemiskinan tegar di seluruh negara sebagai daripada prinsip perjuangan Reformasi.


Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata setakat ini kemiskinan tegar di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Perak dan Pulau Pinang telah berjaya dinoktahkan, justeru beliau optimis melalui langkah sama, kemiskinan tegar di Sabah akan turut dinoktahkan.


"Sabah daripada 25 ribu keluarga miskin tegar tinggal hampir 12 ribu saya minta Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor bersama KPICU bermesyuarat untuk menurunkan kadar kemiskinan di sana," katanya dalam ucapan sempena ulang tahun ke-25 KEADILAN di IDCC, Shah Alam.


Namun, katanya apa yang lebih menghairankan golongan elit daripada blok pembangkang tidak melihat usaha itu sebagai ikhtiar kerajaan sebaliknya cuba menidakkan komitmen tersebut.


Justeru, Anwar berkata usaha membasmi golongan itu akan tetap diteruskan sebagai tanggungjawab kerajaan tanpa mengira parti mana-mana sekalipun.


"Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada tahun ini diperuntukkan RM10 bilion berbanding RM8 bilion tahun lalu.


"Dalam keadaan hutang bertambah, defisit harus diatasi tetapi kita tidak mengurangkan tanggungjawab kepada yang memerlukan dan (hasilnya) sembilan juta rakyat Malaysia perolehi sumbangan tunai terus ini," ujarnya.


Manakala, pengeluaran getah pula ujarnya, biarpun dikatakan rata-rata golongan berkenaan tidak menyokong kerajaan namun Anwar menegaskan nasih golongan penoreh getah tetap akan dibela.


"Ada orang mengatakan pekebun kecil getah tak ramai sokong kerajaan, saya tak ambil itu sebagai pertimbangan apa yang saya tahu bahawa masa harga getah jatuh kita harus bantu mereka.


"Dan tahun 2020 dan 2021 harga tak naik, kita naikkan bermula kita ambil alih kerajaan dan sekarang daripada RM2.70 kita naikkan kepada RM3.0 satu kilogram (kg)," ujarnya.


Untuk subsidi harga padi pula kerajaan ketika ini telah berjaya menaikkan bantuan tersebut daripada RM360 kepada RM500 membukti kerajaan komited membantu golongan berkenaan.


"Bagi orang yang ikuti politik pembangkang, mengapa kamu tidak naik subsidi padi, getah masa menjadi kerajaan.


"Mengapa tidak bantu nelayan ketika memerintah, kamu kata hidup Melayu ini (golongan Melayu memerlukan) tidak dipertahankan, jadi kamu pertahankan Melayu yang kaya raya tetapi bila kita ambil tindakan ke atas mereka kerana merompak, kamu (penyokong pembangkang) pertahankan," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page