top of page

Misi tawan Kemaman: Lautan biru iringi calon Perpaduan




Oleh: Abdullah Zaid


Suasana di pusat penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman di Dewan Berlian Utama Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) di sini dipenuhi 'lautan biru' penyokong BN meskipun cuaca mula hujan 6.00 pagi hingga 8.15 pagi.


Penyokong Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) dilihat sudah mula berkumpul di Pejabat UMNO Kemaman sebelum menuju ke dewan MPK.


Bagi mengelakkan provokasi antara penyokong laluan utama di Jalan Sultan Sulaiman yang menempatkan pusat penamaan calon ditutup kira-kira 100 meter.


Dalam pada itu, beberapa pimpinan utama BN dan PH menyertai perarakan bagi mengiringi calon antaranya Timbalan Presiden UMNO juga merangkap Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan, Setiausaha Sekretariat Kerajaan Perpaduan Datuk Dr Asyraf Wajdi dan Pengerusi Pakatan Harapan Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad.


Calon dan jentera Perpaduan tiba di kawasan tempat penamaan calon pada 8.50 pagi tadi.


Kira-kira 419 anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut ditempatkan di lokasi sekitar pusat penamaan calon bagi mengawal keselamatan.


Penyokong calon BN mengiringi ke pusat penamaan calon

Manakala bagi persediaan PRK dan banjir, hampir 2,800 pegawai dan anggota ditugaskan sehingga tamat proses pengundian 2 Disember nanti.


PRK Parlimen Kemaman dijangka akan menyaksikan persaingan sengit apabila BN bekas Panglima Angkatan Tentera, Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.


Jeneral Raja Mohamed dijangka menentang bakal calon PN yang juga Menteri Besar Terengganu dan Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bagi kerusi Parlimen Kemaman.


PRK Kemaman diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 September lalu yang membatalkan kemenangan calon Pas, Che Alias Hamid, pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).


Dijangka kira-kira 141,790 pengundi layak menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam PRK itu termasuk 387 anggota polis, sembilan anggota tentera dan 12 Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page