top of page

Misi perteguh semangat juang Reformasi - Calon MPP



Semangat Reformasi perlu digilap semula terutama ke atas generasi muda KEADILAN.


Bagi calon ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Zaidi Yusoff, sebagai antara ahli parti terawal dan terlibat mengasaskan KEADILAN Cabang Indera Mahkota, Pahang, tujuan beliau menawarkan diri kali ini adalah untuk memperkuat asas perjuangan parti di peringkat akar umbi.


"Misi saya dalam pertandingan adalah untuk memperteguhkan roh reformasi, memperkuatkan asas parti di peringkat akar umbi dan membawa suara usahawan usahawan Bumiputra ke peringkat lebih tinggi.


"Saya dengan rendah hati ingin memohon sokongan dan dokongan dari seluruh perwakilan dan doa dari sahabat sahabat yang mengenali saya (untuk posisi ahli MPP)," katanya.


CEO ZY Phyto Group of Companies itu merupakan antara pengerak Reformasi 1998 dan aktif berjuang sejak pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari jawatan Timbalan Perdana Menteri.


Zaidi menyertai Parti Keadilan Nasional pada 4 April 1999 dan menjadi penaja Pemuda Keadilan Shah Alam juga Pemuda Keadilan selangor.


Beliau juga memegang jawatan di peringat cabang sejak 1999 sehingga kini.


Zaidi bertanding MPP dengan nombor pencalonan 69.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page