top of page

Misi kedua flotila ke Gaza, rakyat banyakkan berdoa, solat hajat - Dr Zulkifli

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Oct 7
  • 1 min read

Misi kedua selepas Global Sumud Flotilla memecah sekatan laut di Gaza bagi menghantar bantuan
Misi kedua selepas Global Sumud Flotilla memecah sekatan laut di Gaza bagi menghantar bantuan

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Dr Zulkifli Hasan, menyeru rakyat Malaysia agar terus bersuara dan menunjukkan solidariti terhadap perjuangan kemanusiaan di Gaza ketika gelombang seterusnya misi Freedom Flotilla Coalition kini berlayar menuju ke Zon Kuning berhampiran perairan Palestin-Israel.


Menurut beliau, dalam kapal Conscience yang kini berada di Laut Mediterranean, terdapat sembilan peserta dari Malaysia yang menyertai misi bantuan kemanusiaan itu.


"Gelombang selanjutnya kini sedang berlayar menuju ke Zon Kuning. Dalam kapal Conscience ada sembilan orang peserta dari Malaysia," katanya dalam satu kenyataan.


Beliau menegaskan bahawa rakyat Malaysia tidak boleh berdiam diri terhadap kekejaman yang sedang berlaku di Gaza dan perlu terus bersuara demi kemanusiaan.


"Kita jangan pernah berdiam. Teruskan bersuara," tegasnya.


Zulkifli turut memaklumkan bahawa beliau sempat bersiaran langsung bersama sahabatnya ahli Malis Pimpinan Pusat KEADILAN, Prof Dr Mohd Afandi Salleh, yang turut berada di atas kapal Conscience bersama para aktivis MyCARE dalam pelayaran menuju Gaza.


"Ketepikanlah perbezaan kita, ambil ruang untuk bersatu hati demi saudara kita di Gaza," ujarnya, menyeru seluruh rakyat Malaysia mengekalkan semangat perpaduan dan solidariti.


Beliau turut mengajak rakyat untuk terus berdoa dan menunaikan solat hajat buat keselamatan para aktivis dan rakyat Palestin yang dizalimi.


"Dengan semangat #IhsanUntukPalestin, jangan berhenti berdoa dan solat hajat buat mereka yang dizalimi. Diiringi doa setulusnya," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page