Minyak masak terpakai berpotensi jadi sumber pendapatan negara
- Redzuan Shamsudin
- Jun 8, 2023
- 1 min read

Minyak masak terpakai berpotensi diproses untuk menjadi sumber pendapatan negara pada masa hadapan.
Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub (PH - Pulai) berkata Malaysia perlu mendapatkan teknologi yang sesuai bagi memproses minyak masak terpakai menjadi biofuel.
"Kerajaan sebenarnya sangat menggalakkan minyak masak terpakai diperkasakan untuk menjadi salah satu sumber pendapatan negara.
"Malaysia berpotensi menjadi hub untuk menggunakan teknologi yang lebih tinggi bagi menghasilkan minyak masak terpakai ini untuk industri biofuel atau biodiesel. Kerana ia akan memberi kesan kepada kelestarian alam sekitar. Alam sekitar akan menjadi lebih lestari dengan penggunaan yang bijak.
"Kalau dapat kita jadikan industri ini satu eko-sistem yang akan boleh kita bangunkan dengan Kementerian Komoditi," katanya menjawab soalan Ahli Parlimen Azli Yusof (PH - Shah Alam).
Kata Salahuddin, negara mempunyai polisi 3R iaitu reduce, reuse dan recycle yang mana perbincangan sedang dijalankan dengan Petronas untuk menjadikan industri berkenaan mencapai skala ekonomi yang boleh memberi pendapatan tambahan kepada pengguna minyak masak, khususnya industri kecil dan sederhana serta isi rumah.
Comments