top of page

Minyak masak subsidi: Perbelanjaan KPDN lebih RM9 juta tidak benar

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 15, 2023
  • 2 min read


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menafikan laporan media bahawa berlaku terlebih belanja di pihak KPDN sebanyak RM9 juta bagi skim minyak masak bersubsidi sebagaimana dilapor media baru baru ini.


"Kenyataan yang dikeluarkan oleh akhbar tersebut adalah tidak benar memandangkan perbelanjaan subsidi minyak masak adalah di antara 88% hingga 99% daripada jumlah peruntukan kuota sebanyak 60,000 tan metrik sebulan. Semua perbelanjaan tidak melebihi had yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.


"Walaupun begitu, bagi tujuan operasi Kerajaan perlu meluluskan kuota tambahan bagi memastikan bekalan minyak masak paket mencukupi di pasaran. Ini kerana setiap bulan syarikat-syarikat pembungkus tidak dapat menggunakan kuota yang diagihkan sepenuhnya kerana terdapat keadaan syarikat tidak beroperasi, penutupan kilang, kerosakan mesin atau digantung kuota akibat kerana disyaki melakukan kesalahan.


"Kuota yang tidak digunakan akan dirasionalisasi untuk diagihkan kepada pengusaha yang lain bagi menampung kekurangan tersebut. Namun, kuota tambahan ini tidak menyebabkan perbelanjaan melebihi had yang ditetapkan," kata kenyataan berkenaan.


Bagaimanapun kata kenyataan itu, walaupun di peringkat pengeluaran kuota mencapai 60,000 tan metrik sebulan tetap boleh wujud keadaan bekalan di peringkat runcit tidak mencukupi untuk kegunaan rakyat.


Hal itu disebabkan rampasan minyak masak oleh penguatkuasa berdasarkan kes penyelewengan juga penggunaan minyak masak bersubsidi dalam Program Jualan Murah anjuran Kerajaan.


Manakala spekulasi menyatakan bahawa KPDN akan melaksanakan pemotongan kuota atau rasionalisasi kuota pula, kata kenyataan itu, merupakan proses biasa yang mengambil kira isu semasa yang dihadapi seperti berlaku ketidakcukupan bekalan di pasaran.


Rasionalisasi juga kata kenyataan itu bukanlah kali pertama dilakukan KPDN


"Rasionalisasi ini bukanlah kali pertama dilaksanakan, ianya pernah dilaksanakan pada tahun 2018 dan 2021.


"Kajian rasionalisasi tahun 2022 diadakan kerana isu ketirisan dan prestasi bekalan minyak masak yang dikesan oleh kementerian hasil naziran pengedaran atas arahan Pengawal Bekalan. Rasionalisasi juga dibuat melalui kriteria yang telah ditetapkan," kata kenyataan itu lagi.

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page