Minum todi sebotol, mabuk 3 botol: NGO mahu Hj Hadi beri penjelasan



NGO-NGO pro masyarakat India mahu Presiden Pas Datuk Seri Hadi Awang memberi penjelasan mengenai sindiran Menteri Besar (MB) Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor baru-baru ini berhubung perkataan 'minum todi sebotol, mabuk tiga botol' yang didakwa ditujukan kepada kaum India.


Presiden NGO Nambikkai Kebangsaan, Datuk Kalai Vanar (gambar, lima dari kanan) berkata, kenyataan MB Kedah tersebut tidak wajar diucapkan di dalam masyarakat majmuk Malaysia yang berbilang agama dan budaya.


"Bersama-sama semua aktivis daripada masyarakat madani Malaysia kami dapati MB Kedah dalam kenyataan, kononnya minum todi sebotol, mabuk 3 botol amat menyinggung perasaan masyarakat India dan masyarakat yang prihatin dengan keluhuran Perlembagaan kita.


"Ini sungguh tidak padan kepada kami. Mengikut lunas undang-undnag Seksyen 500 Akta hasutan, Seksyen 4 dan Kanun Jenayah, Seksyen 423 semuanya tertera jangan menghina. Negara kita berdaulat, ada undang-undang.


"Tetapi MB kedah ini dia sudah meluahkan kata-kata minum todi sebotol, mabuk 3 botol," katanya dalam himpunan penyerahan memorandum di Pejabat Agung Pas, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, semalam.


Menurut Kalai lagi, beliau telah pun meminta MB Kedah memohon maaf secara rasmi dalam kenyataannya di You Tube baru-baru ini. Namun selepas 11 hari, MB Kedah tersebut terus mendiamkan diri.


"Saya sendiri dalam You Tube minta beliau mohon maaf kepada masyarakat India. Itu sahaja. Semua orang buat salah. Ini tidak, beliau angkuh dan buat lebih banyak sindiran maka kami hari ini datang.


"Masuk hari kesebelas beliau masih diam. Justeru kami NGO-NGO mohon jasa baik Presiden Pas Datuk Seri Hadi Awang supaya prihatin terhadap keluruhan Perlembagaan negara kita.


"Konsep Pas ialah 'Pas untuk semua' dan konsep 'Islam memperkukuhkan perpaduan' tetapi MB Kedah ini seperti 'nila setitik, rosak susu sebelanga'," katanya lagi.


Dalam himpunan ringkas petang itu, NGO yang membawa kain rentang sempat meneriakkan slogan: 'Undur segera MB Kedah', 'Kami minta MKN bertindak, tangkap MB', 'Sanusi menyemai racun hasutan' sebelum wakil Pas, Muhamad Khairol Anuar keluar untuk mengambil serahan memorandum dari NGO Nambikkai.





0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
5304
64
8163
Total
657,508
3908
580,276

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
347,342
9,422
391,535
Total
176,420,883
3,811,183
158,674,643

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER