top of page

'Minum arak Timah seperti minum wanita Melayu?'



Arak jenama Timah mendapat teguran Ahli Parlimen Rusnah Aluai (PH - Tangga Batu) yang bertanya dalam sesi soalan tambahan mengenai jenama produk yang mengelirukan serta tindakan kerajaan.


Menurut beliau, arak yang berlogo seorang berkupiah biar pun bukan Islam dan menggunakan jenama seakan-akan nama perempuan Melayu amat mengelirukan dan mungkin merendahkan darjat perempuan Melayu.


"Bila sebut mengelirukan saya mahu menekankan perkataan jenama Timah, benar-benar mengelirukan, disertai gambar Kapten Speedy yang memakai kopiah. Tidak adakah gambar Kapten Speedy memakai topi?


"Timah ini tidak bolehkah kita panggil jenama yang lain, The Mines ke apa? Lagi satu ia merupakan satu perkara yang tidak bagus untuk wanita apabila dibayangkan Timah itu wanita Melayu, Kak Timah, Mak Timah, Makcik Timah. Apabila kita minum wiski itu seolah kita meminum wanita Melayu," katanya di Dewan Rakyat semasa mencelah dalam perbahasan pindaan Akta Perihal Dagangan, hari ini.


Baru-baru ini kontroversi arak buatan Malaysia berjenama Timah yang diluluskan penjualannya pada Jun 2020 dan mendapat pengiktirafan antarabangsa berkenaan kualiti dan rasa.


Bagaimanapun menurut pengeluar arak itu, jenama Timah dinamakan sempena perkataan Melayu untuk bijih timah.


Label itu juga memaparkan gambar Kapten Tristram Speedy, seorang pegawai Inggeris semasa penjajahan British di Tanah Melayu, yang dilihat berjanggut tebal dan berkopiah.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page