top of page

Minta tangguh kongres secara maya, bukti kerajaan terdesak


Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Perak, Farhash Wafa Salvador menyifatkan Kongres Nasional Tahunan KEADILAN 2020 yang terpaksa ditangguh selepas mendapat arahan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) memperlihatkan betapa terdesaknya kerajaan dalam usaha menidakkan suara rakyat.


Katanya, lebih membingungkan adalah kebimbangan yang tidak rasional seolah-olah wabak Covid-19 boleh merebak secara maya.


"Namun kita akur akan arahan MKN agar dapat membendungi wabak ini bersama-sama.


"Sebagaimana yang telah disampaikan dalam amanat Presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim, keutamaan kerajaan haruslah ditumpukan kepada permasalahan rakyat yang kini terpaksa merana akibat kelemahan dalam perencanaan program vaksinasi.


"Kerajaan juga digesa untuk mengagihkan bantuan dana yang sejajar dengan keperluan kategori pendapatan isi rumah selain golongan B40," katanya.


Namun, katanya, disebabkan ketidaksefahaman matlamat 'Total Lockdown' di antara kementerian masing-masing menjadi faktor utama negara masih gagal.


"Sememangnya kerajaan harus bersikap jaga tepi kain rakyat apabila melibatkan kelangsungan hidup, tetapi bukannya untuk menidakkan suara demokrasi melalui penangguhan kongres sebuah parti reformis," katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

Kommentare


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page