top of page

Minggu Solidariti Palestin: KPM larang unsur konfrontasi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 28, 2023
  • 1 min read


Sebarang unsur konfrontasi dan keganasan dengan penggunaan replika senjata, ikon dan sebarang simbol menghampiri bentuknya dilarang sepanjang pelaksanaan Minggu Solidariti Palestin.


Kementerian Pendidikan (KPM) mengeluarkan arahan itu susulan tular di media sosial video memaparkan pelajar dan guru membawa senjata mainan ke sekolah yang didakwa berkaitan minggu solidariti itu


KPM menerusi kenyataan menegaskan penganjuran tersebut adalah di luar tempoh waktu pelaksanaan Minggu Solidariti Palestin dan tidak mengikut panduan yang telah ditetapkan KPM.


Malah pihak kementerian juga menurut kenyataan itu tidak akan berkompromi dengan sebarang aktiviti berbentuk ekstremisme sepanjang penganjuran program tersebut.


"KPM menggalakkan penganjuran aktiviti mendokong isu kemanusiaan seperti tayangan video kedamaian, sayembara puisi kemanusiaan, pertandingan lukisan poster tema kedamaian dan kutipan sumbangan kepada rakyat Palestin sepanjang pelaksanaan program ini.


"Semua institusi bawah KPM diminta sentiasa mengikuti panduan penganjuran yang ditetapkan," kata KPM dalam kenyataan.


Minggu Solidariti Palestin dianjurkan di semua institusi pendidikan bawah kelolaan KPM dari 29 Okt hingga 3 Nov ini.


Ia bertujuan mendidik murid nilai manusiawi yang turut merangkumi hak asasi kemanusiaan, keamanan dan kedamaian sejagat.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page