Minggu Perpaduan 2026, Jom Baca 10 Minit kukuh budaya ilmu, kebersamaan


Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Zon Utara Tahun 2026 yang bermula hari ini hingga 26 April menjadi platform penting dalam memperkukuh semangat perpaduan dan kebersamaan rakyat Malaysia.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Yuneswaran Ramaraj di Stadium Indera Mulia, dengan tema “Bersama Membina Negara Bangsa”.
Menurut kenyataan Kementerian Perpaduan Negara, sambutan ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam mengetengahkan kepelbagaian etnik dan budaya melalui pelbagai pengisian berteraskan kebudayaan, kesenian, warisan, makanan dan sukan.
"Ini selari dengan usaha meningkatkan semangat kebersamaan dan menerapkan prinsip integrasi nasional iaitu Faham, Hormat, Terima dan Meraikan," kata kenyataan itu.
Sambutan turut diserikan dengan penganjuran Program Jom Baca Bersama 10 Minit bersempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia serta penyampaian Anugerah Buku oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM).
Program Jom Baca Bersama 10 Minit yang kini memasuki tahun ke-12 penganjurannya menunjukkan impak positif apabila trend pembacaan rakyat meningkat kepada purata 24 buah buku setahun pada 2023 berbanding 15 buah buku pada 2015.
"Kementerian bersama-sama PNM akan terus melipatgandakan pelaksanaan program galakan membaca di seluruh negara selari dengan matlamat Kerajaan iaitu menjadikan Malaysia sebagai Negara Membaca menjelang tahun 2030," kata kenyataan itu lagi.
Selain itu, Anugerah Buku PNM 2025/2026 turut dipertandingkan bagi mengiktiraf karya tempatan berkualiti tinggi yang menyumbang kepada pembangunan ilmu dan peradaban masyarakat.
Sebanyak 27 kategori anugerah dipertandingkan termasuk kategori baharu Anugerah Pilihan Pembaca Buku Digital, selaras dengan peningkatan penggunaan platform digital dan e-buku khususnya dalam kalangan generasi muda.
Pelbagai program turut diadakan sepanjang sambutan, antaranya Bacaan Santai Kopi@Baca, Kembara Belia Cinta Ilmu, Pertandingan Pidato Negara Bangsa, Pesta Buku Perak serta persembahan silang budaya dan aktiviti rekreasi yang menyatukan masyarakat.




This initiative is a great reminder that reading can bring people together and encourage a stronger culture of learning. I also enjoy finding simple browser-based entertainment and games such as Quenq Vice City, which can be accessed directly online without installing anything. Initiatives that make knowledge and digital experiences easily accessible can both add value in their own ways.
This is a useful and well-written post with information that is easy for beginners to understand. While researching jaya9 best, I came across this topic and found the discussion helpful. Thanks for sharing such clear and practical information.
Really enjoyed reading this—it’s great to see initiatives that encourage unity and a stronger reading culture in the community. In my free time, I also like unwinding with Subway Surfers and it’s a fun, relaxing game to play after catching up on inspiring news like this.