top of page

MIC keluar BN: KEADILAN Tapah tawar diri galas amanah rakyat

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 days ago
  • 1 min read
ree

Oleh: Azuan Ab Rahman


Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Cabang Tapah bersedia memastikan kerusi Parlimen Tapah kekal milik Kerajaan Perpaduan pada pilihan raya akan datang.


Ketua Cabangnya Azam Afandi (gambar), menyatakan komitmen itu susulan keputusan parti MIC menerusi Mesyuarat Perwakilan Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) ke-79 semalam yang meluluskan usul keluar dari blok Barisan Nasional yang merupakan sebahagian Kerajaan Perpaduan.


"KEADILAN Tapah sedia menggalas amanah dan tanggungjawab mewakili rakyat di Parlimen Tapah. Berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum yang lalu, Pakatan Harapan (PH) — khususnya KEADILAN memperolehi undi tertinggi di kedudukan kedua.


"Dengan sokongan rakyat yang semakin meningkat terhadap Kerajaan MADANI. KEADILAN Tapah yakin kerusi Parlimen ini mampu ditawan semula," katanya dalam satu kenyataan.


Spekulasi menyatakan MIC akan bergabung bersama blok pembangkang Perikatan Nasional (PN).


Bagaimanapun Presidennya, Tan Sri S A Vigneswaran menerusi satu sidang media berkata, sebarang penyertaan terhadap mana-mana gabungan parti baharu hanya akan ditentukan kemudian.


Sementara itu, KEADILAN Tapah menerusi kenyataannya berkata, pihaknya yakin rakyat kini selesa berada di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Justeru, pihaknya menyokong penuh sebarang keputusan oleh pimpinan pusat berhubung kedudukan dan masa depan kerusi Parlimen Tapah.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page