top of page

MH370: Rakyat berhak dapat jawapan - PM Anwar

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Dec 26, 2024
  • 1 min read


Kerajaan MADANI akan memberikan kerjasama penuh sekiranya usaha pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 membuahkan hasil.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran di laman Facebooknya berkata, dalam hal itu kerajaan perlu mengimbangi keperluan mencari pesawat tetapi pada masa sama harus memastikan penggunaan dana rakyat dilakukan dengan berhemah.

"Selepas lebih sedekad pesawat Malaysia Airlines MH370 hilang dari radar, masih banyak persoalan dan misteri belum lagi terungkai.

"Bukan sahaja keluarga dan waris malah rakyat juga berhak untuk mendapatkan jawapan akan segala persoalan dan justeru itu, kerajaan akan memberikan kerjasama sepenuhnya jika pencarian berjaya membuahkan hasil yang dinanti-nantikan selama ini," katanya.


Untuk rekod, pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 239 penumpang, hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China pada 8 Mac 2014.


Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menerusi sidang medianya pada Jumaat lalu berkata, Jemaah Menteri pada 13 Disember lalu secara prinsip menerima tawaran syarikat robotik marin Ocean Infinity untuk meneruskan operasi pencarian bangkai pesawat MH370.


Operasi pencarian di dasar laut akan tertumpu di satu lokasi baharu yang dianggarkan berkeluasan 15,000 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi.


Menurutnya, misi pencarian itu berdasarkan prinsip ‘no find, no fee’, iaitu kerajaan tidak perlu mengeluarkan sebarang bayaran sekiranya bangkai pesawat tidak ditemukan.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page