top of page

Meta dikecam turunkan berita PM bertemu pemimpin Hamas


Oleh: Abdullah Zaid


Berita pertemuan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh yang diturunkan di salah satu platform Meta, Facebook dikecam oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.


Menurut Fahmi, pihak kementerian menerima aduan daripada Sinar Harian dan Malaysiakini yang memaklumkan artikel pertemuan PM dengan Ketua Biro Politik Hamas itu telah disekat.


Sehubungan itu, Fahmi berkata pihaknya telah menghantar surat meminta penjelasan kepada Meta. Beliau juga menyifatkan tindakan platform media sosial berpengkalan di Amerika Syarikat itu sebagai tidak menghormati kebebasan media.


"Sebagai Menteri Komunikasi saya kecam tindakan pihak Meta menurunkan posting media lawatan rasmi Perdana Menteri ke Qatar dan pertemuan dengan sayap politik sebuah organisasi (Hamas), bukan sayap militan.


"MCMC telah menghantar surat bagi mendapatkan penjelasan berhubung isu terbabit," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Kabinet hari ini.


Susulan itu, kata Fahmi, pihak kementeriannya akan mengadakan pertemuan dengan semua platform media sosial bagi membincangkan beberapa isu termasuk kebebasan media.


"Insya-Allah kita akan adakan pertemuan dengan semua platform media sosial pada Jun ini dan dalam pertemuan itu saya akan bangkit perkara ini supaya pelaporan rasmi tugasan Perdana Menteri tidak diperlakukan sedemikian rupa," ujarnya.


Kelmarin, Anwar dalam lawatan rasmi ke Qatar turut mengambil kesempatan bertemu pemimpin sayap politik Hamas.


Pertemuan tertutup lebih sejam itu berlangsung di sebuah hotel di Doha, dengan antara intipatinya berkisar perkembangan konflik di Palestin khususnya membabitkan Hamas dan Israel.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page