top of page

Mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan tubuh tiga jawatankuasa



Sebagai usaha memperkukuhkan kerjasama antara parti dalam Kerajaan Perpaduan, tiga jawatankuasa bakal ditubuhkan tidak lama lagi, kata Perdana Menteri.


Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu dicapai hasil mesyuarat pertama Sekretariat Kerajaan Perpaduan yang dipengerusikannya malam tadi di Menara Dato' Onn di Kuala Lumpur.


Tiga jawatankuasa itu adalah Jawatankuasa Strategi, Jawatankuasa Pilihan Raya dan Jawatankuasa Pemantauan Agenda Kerajaan dan Politik.


"Jawatankuasa ditetapkan ini ada tiga, satu Jawatankuasa Strategi, termasuk komunikasi kerana kadang-kadang kita berdepan dengan kenyataan fitnah melampau contoh isu pembakaran al-Quran.

"Beberapa orang kononnya tokoh-tokoh agama menggunakan kenyataan dalam ucapan mereka seolah-olah kita belum buat apa-apa, padahal pada masa itu kita dah keluarkan kenyataan keras mengecam... Kementerian Luar juga telah panggil Duta Sweden dan kita keluarkan (kenyataan) pengedaran satu juta nashkah Al-Quran," katanya dalam sidang media malam tadi.


Sementara itu jelas Anwar, Jawatankuasan Pilihan Raya pula menumpukan persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN). Ia bagi memastikan isu agihan kerusi dapat diselesaikan dan kesemua parti dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai tapak kukuh menghadapi PRN.


"Suatu hal disepakati sangat positif bagi saya, kesepakatan dan komitmen semua parti termasuk Sabah dan Sarawak membantu sebagai satu pasukan," katanya.


Bagi Jawatankuasa Pemantauan Agenda Kerajaan dan Politik pula Anwar menjelaskan ia akan menumpukan mengenai manifesto kerajaan meliputi pelbagai isu termasuk kos sara hidup rakyat.


"Jawatankuasa berikutnya, Jawatankuasa Pemantauan Agenda Kerajaan dan Politik yang mengambil kira pandangan manifesto... melibatkan kos sara hidup (dan) kerjasama antara semua kaum dan negeri," jelasnya lagi.


Anwar turut memberitahu bahawa sekretariat Kerajaan Perpaduan akan diketuai Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof serta Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki sebagai Ketua Sekretariat.


Manakala ketiga-tiga Jawankuasa yang akan ditubuhkan itu nanti akan dipengerusikan olehnya dengan ketua-ketua parti sebagai timbalan pengerusi.


"Terima kasih kepada mereka berikan persetujuan saya pengerusikan dan ketua-ketua parti gabungan akan menjadi timbalan pengerusi dan berikutnya pimpinan lain sebagai naib pengerusi," ujarnya lagi.


Beliau turut memberitahu, Majlis Pimpinan Kerajaan Perpaduan akan membentuk struktur pimpinan dan mereka akan bersidang setiap bulan.


Mesyuarat malam tadi dihadiri oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim (Perdana Menteri); Datuk Seri Zahid Hamidi (Presiden UMNO/Timbalan Perdana Menteri); Datuk Seri Saifuddin Nasution (Setiausaha Agung KEADILAN); Datuk Seri Wee Ka Siong (Presiden MCA); Datuk Seri Mohamad Sabu (Presiden Amanah); Anthony Loke Siew Fook (Setiausaha Agung DAP); Datuk Seri Mohamad Hassan (Timbalan Presiden UMNO); Datuk Armizan Mohd Ali (Ahli Parlimen Papar/GRS); Tan Sri S. Vigneswaran (Presiden MIC); Datuk Seri Zambry Abdul Kadir (MKT UMNO); Datuk Sri Alexander Nanta Linggi (Setiausaha Agung Parti Gabungan Sarawak) dan Datuk Sri Tiong King Sing (Setiausaha Agung Parti Demokratik Progresif Sarawak)

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page