Mesyuarat Penerangan Selangor gariskan latihan, strategi akar umbi
- Suara Keadilan
- Sep 19
- 1 min read

Oleh: Azuan Ab Rahman
KEADILAN Selangor komited memperkukuh peranan penerangan sebagai penghubung parti dengan rakyat melalui pelaksanaan pelbagai program latihan, pengupayaan dan aktiviti mesra anggota.
Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Saifuddin Shafi Muhammad berkata, perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Penerangan Selangor Bilangan 01/2025 yang dipengerusikannya bersama Ketua-Ketua Penerangan cabang negeri semalam.
"Mesyuarat turut meneliti situasi politik semasa serta perkembangan parti di Selangor sebagai teras utama.
"Pelbagai program di peringkat akar umbi akan digerakkan dalam masa terdekat bagi memperkukuh gerak kerja penerangan," katanya dalam satu kenyataan.
Mesyuarat yang berlangsung di Pejabat KEADILAN Selangor, Shah Alam itu diadakan susulan perubahan kepimpinan utama parti di negeri bagi penggal 2025-2028.
Pertemuan turut dihadiri mantan Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Halimey Abu Bakar.
Dalam pada itu, Saifuddin turut merakamkan penghargaan kepada Halimey atas kepimpinan cemerlangnya sepanjang penggal lalu.
"KEADILAN Selangor komited memastikan agenda penerangan terus digerakkan secara tersusun demi memperkukuh sokongan rakyat," tambahnya.
Comments