top of page

Mesyuarat PAC: Persoalan MySejahtera masih menimbulkan tanda tanya

Writer: Redzuan Shamsudin
Redzuan Shamsudin
Apr 15, 2022
1 min read


Mesyuarat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang berlangsung semalam memberi kesempatan kepada beberapa ahli jawatankuasa bertanyakan kepada Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Khairy Jamaluddin mengenai kontroversi aplikasi MySejahtera.


Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar yang menjadi sebahagian ahli jawatankuasa tersebut turut bertanyakan soalan.


"Antara soalan yang saya bangkitkan termasuk sejauh mana perlindungan kepada peribadi rakyat, serta kebimbangan pengkomersilan data rakyat, termasuk data yang identinya dirahsiakan?


"Adakah kerajaan sudah memuktamadkan perjanjian menerusi tender terus dengan syarikat MYSJ sahaja walhal wujud pertikaian antara syarikat MYSJ dan lain-lain di mahkamah yang mungkin menyukarkan proses pembekalan serta perkhidmatan aplikasi MySejahtera?


"Adakah data MySejahtera boleh diakses oleh kesemua agensi lain kerajaan yang memungkinkan penggunaannya selain daripada tujuan asal di bawah bidang kesihatan?


Bagaimanapun oleh kerana prosiding tersebut dilakukan secara tertutup maka Nurul Izzah berkata jawapan tuntas kepada persoalan tersebut akan dimuatkan dalam Hansard Parlimen yang akan diterbitkan kelak.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page