top of page

Mesyuarat MPPN setuju tindakan bersepadu untuk tangani isu 3R

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 7 hours ago
  • 1 min read

Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof mempengerusikan mesyuarat Majlis Penasihat Perpaduan Negara
Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof mempengerusikan mesyuarat Majlis Penasihat Perpaduan Negara

Majlis Penasihat Perpaduan Negara (MPPN) dalam mesyuaratnya semalam bersetuju tindakan bersepadu dan kolaborasi antara agensi digerakkan secara efektif agar bagi menangani isu agama, kaum dan institusi diraja (3R) secara berkesan.


Kementerian Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata, mesyuarat dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof dan disertai ahli majlis seramai 14 orang yang terdiri daripada tokoh masyarakat membincangkan kajian isu perpaduan termasuk aspek keselamatan.


"Pendekatan ‘alert’, ‘sensitive’, ‘engagement’ dan ‘control’ akan menjadi kaedah utama dalam menangani isu sensitif di negara ini," katanya dalam kenyataan.


Pada mesyuarat itu Fadillah telah menekankan kepentingan supaya isu provokasi dan sentimen perkauman terutama di media sosial dapat ditangani dengan tegas dan berkesan.


Justeru beliau menyeru agar agensi penguatkuasaan seperti polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bertindak lebih pantas.


"Manakala agensi kerajaan pula perlu bekerjasama secara menyeluruh bagi memastikan keharmonian dan perpaduan negara terus terpelihara," tegas Fadillah pada mesyuarat itu.


Sementara itu kementerian itu mendedahkan, sepanjang Januari hingga April tahun ini, sebanyak sebanyak 44 isu berkait isu-isu 3R sudah dilaporkan untuk diambil tindakan.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page