Mesyuarat Majlis Pimpinan Perpaduan Jerai semalam berjalan lancar di tengah tengah demam Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah yang semakin dirasai berikutan pembubaran DUN Kedah hujung bulan ini.
Menurut kenyataan KEADILAN Jerai, mesyuarat yang diadakan di pejabat Angkatan Muda Keadilan Kedah di Guar Chempedak itu dipengerusikan secara bersama oleh Pengerusi Pakatan Harapan Jerai, Firdaus Johari dan Ketua Bahagian UMNO Jerai Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
"Perbincangan pada hari ini lebih menjurus mengenai kerjasama dan gerak kerja Majlis Pimpinan Perpaduan Jerai dalam mendepani PRN yang bakal berlaku dalam masa terdekat," kata kenyataan itu.
Turut hadir dalam mesyuarat tersebut adalah pimpinan utama kedua dua gabungan di Jerai yang membincangkan strategi dan persiapan PRN.
Pembubaran DUN Kedah diperkenankan oleh Sultan Kedah pada 28 Jun ini. Dengan itu Suruhanjaya Pilihan Raya akan menetapkan tarikh PRN dalam tempoh 60 hari daripada pembubaran berkenaan.
Comments