top of page

Mesyuarat KEADILAN Selangor fokus penambahbaikan perkhidmatan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Dec 11, 2025
  • 1 min read

Saifuddin melontarkan idea dalam mesyuarat KEADILAN Selangor
Saifuddin melontarkan idea dalam mesyuarat KEADILAN Selangor

Oleh: Azuan Ab Rahman


KEADILAN Selangor menegaskan komitmen untuk terus memperkasa perkhidmatan kepada rakyat bagi memastikan setiap dasar kerajaan dapat disampaikan dengan lebih berkesan demi kesejahteraan rakyat.


Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Saifuddin Shafi Muhammad berkata, perkara itu disepakati dalam mesyuarat Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Selangor yang berlangsung semalam.


"Mesyuarat telah dipengerusikan Timbalan Pengerusi KEADILAN Selangor, Datuk Borhan Aman Shah dengan tumpuan khusus kepada Belanjawan Selangor 2026, termasuk langkah memperkukuh pertumbuhan ekonomi negeri dan memastikan manfaatnya dirasai rakyat.


"Mesyuarat turut meneliti keperluan memperkemas peranan lantikan politik bagi meningkatkan keberkesanan penyampaian dasar kepada rakyat


"Justeru, program penerangan dasar kerajaan akan dianjurkan pada suku pertama dan kedua 2026 bertujuan memantapkan pemahaman serta keberkesanan pelaksanaan dasar ekonomi negeri," katanya menerusi satu perkongsian di Facebook.


Mesyuarat turut dihadiri Ketua-Ketua Cabang KEADILAN seluruh Selangor.


Dalam pada itu, Saifuddin memaklumkan mesyuarat turut membincangkan keputusan Pilihan Raya Umum Dewan Undangan (PRU DU) Sabah baru-baru ini.


KEADILAN Selangor turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pimpinan serta anggota parti atas penglibatan aktif sepanjang proses pilihan raya berkenaan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page