top of page

Mesyuarat kabinet putuskan tangani isu royalti penggiat seni



Kerajaan Perpaduan dalam mesyuarat Jemaah Menteri petang tadi telah menumpukan isu royalti penggiat seni tanah air yang jarang ditimbulkan oleh kerajaan sebelum ini.


Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Ahmad Fahmi Fadzil berkata berhubung penegasan Perdana Menteri terkait isu tersebut Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) dan Kos Sara Hidup katanya, akan menubuhkan satu sekretariat khas bagi menangani isu berkenaan.


"Perdana Menteri umum kementerian KKD serta KPDN untuk meneliti isu royalti bagi pemuzik termasuk juga waris Tan Sri P Ramlee kerana isu ini memberi kesan bukan sahaja kepada waris P Ramlee tetapi juga pemuzik yang lain.


"Minggu depan saya bersama menteri KPDN akan mengadakan mesyuarat dan membentuk jawatankuasa meneliti aspek melibatkan bayaran royalti serta pembangunan industri muzik," katanya dalam sidang media petang tadi.


Menurut Fahmi lagi, selain itu royalti, PM juga telah membangkitkan isu laporan audit bagi setiap kementerian.


Bagi KKD katanya, laporan terkait dana kandungan digital yang ditimbulkan akan ditangani sebaik baiknya. Kementerian kata Fahmi, telah meneliti beberapa kes membabitkan syarikat tertentu yang disentuh laporan audit, namun syarikat terbabit katanya telah memberi alasan kekangan ketika era Covid 19 yang menyaksikan industri mengalami kesukaran.


Selain itu, menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai itu, Akta Finas juga akan dipinda terkait beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki.


"Akta Finas antara lain, kita lihat isunya ia telah digubal bertahun tahun lalu. Jadi banyak perkara dibangkitkan apabila kita mendepani industri perfileman sekarang yang jauh berbeza.


"Kalau dulu contohnya dari segi pembiayaan, medium perfileman itu sendiri telah jauh berbeza. Struktur lembaga pengarah Finas juga menjadi isu. Kalau dulu akta melarang Lembaga Pengarah Finas, bukan hanya mereka tetapi juga ahli keluarga mereka menerima apa apa geran dari Finas.


"Sekarang timbul soalan Lembaga Pengarah dari veteran, yang telah lama terpisah daripada Finas (kerana tidak boleh terlibat dalam pembikinan filem) itu apakah kesannya dari segi hala tuju pembangunan industri filem negara.


"Jadi perlu ada satu titik temu yang menetapkan had tertentu. Memang pihak Finas telah meneliti dan membawa kepada saya satu draf tetapi belum dibentangkan di jemaah menteri. Kita masih meneliti dan perkara yang dibangkitkan Ketua Audit Negara dan teguran yang dibuat akan diteliti," katanya lagi.


0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page