Mesyuarat kabinet berpuluh kali, isu pisah pentadbiran sekolah tidak selesai 2 tahun?



Ketidakcekapan pentadbiran kerajaan PN dan kini BN dalam isu mewujudkan satu pentadbiran baharu bagi Sekolah Menengah Heng Ee di George Town, Pulau Pinang sejak 2 tahun lalu terserlah.


Menurut Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin, pemisahan tersebut sepatutnya telah diselesaikan kerana beliau hampir 10 kali menemui Menteri Pendidikan dan Timbalannya berhubung urusan berkenaan.


"Kabinet adalah badan keputusan teringgi dalam pentadbiran negara. Saya tahu Kabinet bermesyuarat setiap hari Rabu dari awal pagi hingga tengah hari. Semasa sidang Parlimen, Kabinet pula bermesyuarat pada hari Jumaat.


"Sepanjang tahun kabinet bermesyuarat 52 kali. Ada kalanya, mesyuarat kabinet khas dipanggil pada hujung minggu. Itu menunjukkan kepentingan mesyuarat kabinet.


"Sejak Langkah Sheraton sehingga kini sudah 21 bulan. Kerajaan PN sudah tukar jadi BN. Menteri Kanan Pendidikan sudah duduk dalam mesyuarat kabinet 84 kali.


"Sejak tahun lepas, beliau sudah berjanji akan meneliti dan membawa kertas kabinet baru ke dalam mesyuarat kabinet. Sehingga sekarang jawapan Parlimen masih sama," katanya.


Sim merujuk jawapan yang diterimanya dari Menteri Pendidikan secara bertulis berhubung soalan tambahan di Dewan Rakyat mengenai pentadbiran Sekolah Menengah Heng Ee.


Jawapan itu menyebut, "Kementerian Pendidikan Malaysia mendapati ianya memerlukan penelitian yang lebih mendalam dan menyeluruh sebelum sebarang cadangan dikemukakan untuk pertimbangan Jemaah Menteri".


"Kelewatan ini menyusahkan pentadbir, guru dan pelajar SMK Heng Ee, Bayan Baru yang tidak berdosa. Sekarang mereka menjadi mangsa kerana kelewatan membuat keputusan. Jangan memangsakan guru dan pelajar, mereka juga Keluarga Malaysia.


"Permohonan Institusi Baru bukan mencipta roket ke bulan (not a rocket science), apa susahnya menyediakan kertas kabinet yang 10 muka surat sahaja? Pada hakikatnya sekolah telah beroperasi hampir 5 tahun.


"Tak masuk akal, kertas kabinet ini tidak dapat disediakan dengan kadar segera," kata Sim lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER