Mesyuarat JK Sempadan Am konflik Thailand - Kemboja diadakan di KL
- Suara Keadilan
- Aug 1
- 1 min read

Oleh: Akmal Manaf
Mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Am (GBC) yang bertujuan menyelesaikan konflik sempadan antara Kemboja dan Thailand dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur, Selasa ini.
Perkara berkenaan disahkan Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil pada sidang akhbar mingguan pasca mesyuarat Kabinet di Putrajaya hari ini.
Fahmi berkata, rundingan yang bakal diadakan di ibu negara itu merupakan permintaan daripada Thailand.
''Pihak Thailand telah meminta supaya mesyuarat itu atau GBC seterusnya tidak dilakukan di Phnom Penh tapi dibawa ke Kuala Lumpur.
''Mesyuarat pra GBC akan berlangsung pada Isnin dan mesyuarat GBC akan diadakan pada Selasa.
''Atase pertahanan bagi negara-negara ASEAN, Amerika Syarikat (AS) dan China akan dijemput bagi menghadiri mesyuarat itu,'' maklum beliau dalam sidang media itu.
Dalam sidang media sama, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, beberapa perkara lain akan turut dibincangkan pada mesyuarat dan rundingan tersebut.
Ujarnya, ia termasuk mewujudkan pasukan pemantau dalam kalangan negara ASEAN bagi memastikan gencatan senjata itu berjaya.
Untuk rekod, gencatan senjata antara Thailand dan Kemboja dilakukan hasil mediasi Malaysia pada 28 Julai lalu apabila Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi orang tengah bertemu rakan sejawatnya dari Thailand dan Kemboja untuk memeterai satu perjanjian bagi menamatkan pertempuran di sempadan.
Comments