top of page

Meskipun lulus, pembangkang berjaya ubah Belanjawan 2021



Belanjawan 2021 yang lulus dengan majoriti 3 undi semalam boleh dianggap kemenangan buat semua.


Biarpun ramai mengharapkan belanjawan itu ditolak dan langkah seterusnya, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin meletak jawatan, namun tidak banyak yang sedar buat pertama kali dalam sejarah Malaysia belanjawan telah dipinda di peringkat jawatankuasa sebelum diluluskan.


Bagi Ahli Parlimen Tanjong Malim, Chang Lih Kang, pindaan yang memperlihatkan kejayaan besar pembangkang berlaku apabila peruntukan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) dikurangkan kepada separuh.


"Jasa ini kalau kita guna quote bekas pengarahnya, Puad Zakarshi, Jasa memang alat politik. Pada 2018 Pakatan Harapan telah mansuhkan Jasa. Sudah dua tahun tiada agensi ini.


"Kali ini kerajaan menguar-uarkan belanjawan ini adalah untuk tangani Covid 19, membantu rakyat yang kehidupan mereka terjejas akibat Covid, tetapi kita tak nampak sedemikian.


"Walau ada beberapa tabung yang ditubuhkan namun kami juga nampak ada usaha (kepentingan kerajaan) diselit seperti Jasa yang tak ada kena mengena dengan Covid atau membantu rakyat. Ia cuma menjadi alat menjaga kepentingan politik kerajaan. Mereka peruntukkan RM85 juta.


"Maka kami bangkitkan, kami buat desakan. Pada bacaan kedua Menteri Kewangan janji akan kurangkan. Kemudian dalam Jawatankuasa Kementerian Komunikasi beliau telah buat satu usul untuk kurangkan peruntukan dari RM85 juta kepada RM45 juta.


"Walaupun kami tak puas hati tetapi ini dikira satu kemenangan kecil," katanya dalam forum anjuran Gabungan Reformis Malaysia malam tadi.


Lih Kang dalam forum itu turut memetik kata-kata Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan, bahawa Belanjawan 2021 sangat bersejarah kerana sejak merdeka belanjawan yang dibentang oleh kerajaan tidak pernah diubah walau satu tanda perkataan pun sehinggalah diundi dan diluluskan keseluruhannya.


Naib Presiden KEADILAN itu juga berpuas hati dengan beberapa cadangan lain yang dimasukkan oleh Menteri Kewangan selepas didesak pembangkang, seperti pengeluaran RM10,000 wang KWSP.


"Saya rasa ini adalah beberapa contoh yang kami utarakan dalam perbahasan. Ada juga beberapa perubahan lain yang sebelumnya Menteri Kewangan kata tidak ada peruntukan, selepas didesak tiba-tiba dia kata ada. Seperti pengeluaran wang KWSP dan sebagainya," kata beliau lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page