top of page

Mesej anti kekejaman Israel didengar kuasa besar



Himpunan 'Kepung Demi Palestin' malam tadi di luar Kedutaan Amerika Syarikat (AS) diharapkan menghantar mesej yang jelas ke pengetahuan kuasa besar dunia itu bahawa rakyat Malaysia bersolidariti bersama rakyat Palestin yang mahu gencatan senjata segera di Gaza.


Hal itu ditegaskan oleh mantan Presiden ABIM, Dr Yusri Mohamad yang berucap dalam perhimpunan berkenaan.


Beliau berkata, protes dengan berkhemah di luar Kedutaan AS itu unik dan menterjemahkan sokongan padu menentang langkah AS yang memveto resolusi Pertubuhan Bangsa bangsa Bersatu ke atas gencatan senjata yang dipersetujui banyak negara di dunia.


"Saya rasa syukur kerana ada orang macam tuan tuan yang sanggup bersusah payah. Tahniah di atas usaha ini. Kita tahu apa sahaja yang kita lakukan mungkin snagat sedikit berbanding dengan penderitaan saudara kita di Gaza.


"Saya rasa apa yang kita lakukan dalam bentuk ini sangat istimewa dan pastinya sampai protes kita ini, mesej ini sampai sedikit sebanyak kepada mereka (AS)," katanya.


Beliau berharap rakyat Malaysia, khususnya umat Islam terus mendukung Palestin.


Jelasnya, sesiapa yang tidak terkesan dengan pembunuhan di Gaza akan termasuk dalam hadis Nabi Muhammad s.a.w dari kalangan mereka yang dianggap bersekongkol dengan kekejaman berkenaan.


"Dengan sebab tuan tuan kita tak malu jadi rakyat Malaysia kerana ada kalangan kita yang sanggup menghantar mesej yang jelas.


"Sudah tentunya bentuk protes ini juga satu bentuk doa, munajat dari kita kepada Allah.


"Semoga Allah memudahkan urusan menyelamatkan rakan kita di Gaza, beri kekuatan kepada mereka dan menjaga kita semua kerana kalaulah kita reda. Kita rasa tak ada masalah apa yang berlaku maka sebenarnya kita bersekongkol berdasarkan hadis nabi.


"(Mafhum) sabdanya, kalau ada pembunuhan di mana mana, di timur atau barat, kalau ada orang mengetahuinya tentang pembunuhan haram itu, dia rasa bersetuju, maka sebenarnya dia berkongsi dosa atas pembunuhan tersebut," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page