top of page

Merdekakan negara daripada pemimpin biadap terhadap Agong - Rodziah


Kenyataan Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin yang biadap mendakwa Yang di-Pertuan Agong perlu mendapatkan penjelasan Jemaah Menteri berhubung isu Ordinan Darurat tidak sepatutnya berlaku dalam negara bertamadun yang telah enam dekad merdeka.


Bagi Ketua Wanita KEADILAN Selangor itu, sempena hari Kebangsaan dan Ogos bulan kemerdekaan, rakyat seharusnya membebaskan diri mereka daripada pemimpin yang biadap dan tidak menunjukkan sikap hormat kepada prinsip Rukun Negara.


"Di saat kita semua bakal menyambut hari kemerdekaan negara, kita dikejutkan oleh ungkapan tidak bertanggung jawab seorang Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong


"Ia jelas menyinggung kami anak Malaysia yang sentiasa berpegang teguh terhadap Rukun Negara, kesetiaan kepada raja dan negara.


"Zuraida perlu sedar Malaysia adalah sebuah negara Raja Berperlembagaan, meletakkan tinggi martabat institusi Raja dan kesultanan Melayu, bukannya sekadar boneka dan pak turut yang hanya mendengar penjelasan Menteri lantikan Baginda.


"Jawatan Menteri Perumahan dan Kerajaan tempatan yang disandang beliau juga adalah ehsan kurniaan dan lantikan Baginda. Oleh itu, tidak wajar Baginda perlu merujuk semula kerajaan, sementelah Baginda telah bermesyuarat dan membuat ketetapan yang tidak dilaksanakan Menteri dan Peguam Negara (dalam hal pemansuhan Ordinan Darurat)," katanya dalam kenyataan hari ini.


Oleh itu, Rodziah yang juga Penyelaras Parlimen Ampang berkata, rakyat perlu berfikir sebaik-baiknya sama ada mahu mengekalkan seorang pemimpin yang sombong dan merosakkan negara, atau memilih kerajaan yang lebih baik pada masa akan datang.


"Sempena bulan kemerdekaan ini, saya ingin memetik ucapan Tunku Abdul Rahman sejurus sebelum sambutan Merdeka kali pertama pada 1957, “negara kita akan menjadi sebuah negara berdaulat dan demokratik selama-lamanya.”


"Hari ini, bukan sahaja demokrasi kita diratah oleh Kerajaan Perikatan Nasional malah menterinya juga berani merendahkan kedaulatan negara," kata Exco Selangor itu lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page