Merdeka tahun ini bawa seribu satu makna - Amirudin Shari


Sambutan hari kemerdekaan 31 Ogos tahun ini sangat berbeza dengan sambutan tahun-tahun sebelum, namun ia menjadi satu sambutan yang cukup bermakna.


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menyedari bahawa pelbagai dugaan dan cabaran dihadapi rakyat sehingga ada yang terpaksa berkorban demi mempertahankan negara.


"Tahun ini, sambutan kemerdekaan adalah amat berbeza dan memberi seribu satu makna. Negara kita telah menghadapi pelbagai cabaran sepanjang tahun ini.


"Kita diserang wabak COVID-19 sehingga menyebabkan kita terpaksa melalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama hampir 3 bulan, satu pengalaman yang belum pernah dirasai generasi hari ini.


"Berkat usaha, kegigihan dan pengorbanan para petugas baris hadapan, kita akhirnya telah berjaya keluar dari PKP dan kini dalam fasa PKPP," katanya menerusi akaun rasmi Facebook miliknya.


Amirudin juga memuatnaik sebuah video sebagai tanda penghargaan kepada semua petugas barisan hadapan yang sudah berkorban selama ini.


"Wabak COVID-19 ditentang dengan cukup hebat demi mempertahankan negara ini dan rakyatnya. Tanpa para frontliners, hari ini kita belum tentu dapat merayakan sambutan hari kemerdekaan tahun ini.


"Video ini dedikasikan buat seluruh petugas perubatan, petugas keselamatan, penjawat awam, pemandu Grab dan penghantar makanan Foodpanda serta para petugas baris hadapan yang mempertaruhkan nyawa demi memelihara kemerdekaan negara ini.


"Merdeka ini merdeka kita, merdeka kita ini untuk anda. Terima kasih frontliners!" katanya.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikut Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
  • radio