top of page

Merdeka satukan rakyat, aman, damai, harmoni - June Leow



Sambutan Hari Kemerdekaan harus dihayati sepenuhnya oleh rakyat Malaysia. Merdeka bukan sahaja bebas daripada penjajah Inggeris tetapi rakyat perlu memperkuat negara dengan bersatu hati antara kaum serta hidup aman damai.


Hal itu diungkapkan oleh Ahli Parlimen Hulu Selangor, June Leow Hsiad Hui dalam majlis Sambutan Hari Kebangsaan 2022 Peringkat Parlimen Hulu Selangor yang diadakan pada 29 Ogos lalu di Dataran Warisan Kuala Kubu Bharu.


Menurut June, berliau bersyukur kerana dapat menyambut dan meraikan sekali lagi Hari Kebangsaan pada tahun ini dalam suasana harmoni antara kaum.


"Berkat kerja keras dan usaha pejuang-pejuang kemerdekaan tanah air negara kita telah mengecapi 65 tahun kemerdekaan.


"Rakyat di negara ini hidup dalam keadaan selesa, harmoni dan makmur. Nilai kemerdekaan yang diraikan bukan sahaja merdeka daripada dijajah namun yang paling penting, keupayaan kita semua hidup bersatu hati dalam suasana aman dan damai.


"Kemerdekaan negara dan keharmonian pelbagai kaum diterjemah dengan kehadiran (ke majlis sambutan) pelbagai lapisan masyarakat dari segenap pelusuk Hulu Selangor ini," katanya.


Majlis tersebut diserikan dengan pelbagai persembahan kebudayaan simbolik penyatuan kaum serta menghargai kekayaan kebudayaan yang ada di Malaysia.


Penduduk tempatan memberi sambutan hangat dan teruja menyaksikan kepelbagaian persembahan kebudayaan seperti seni tarian, seni pertahanan diri, seni alat muzik tradisional dan nyanyian lagu patriotik.


Sambutan berkenaan dirasmikan oleh Engku Orang Kaya Maha Bijaya Hulu Selangor, Raja Dato Muzaffar Bin Raja Redzwa, Orang Besar Daerah Hulu Selangor.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page