Menuju PRU 15: Kepimpinan Anwar diperlukan melakar kerangka baharu persefahaman politik



Persoalan dan kritikan yang dilemparkan terhadap kewibawaan Presiden KEADILAN dalam membawa cabaran Pakatan Harapan (PH) menuju Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 seharusnya tidak dijadikan bahan perdebatan yang berlarutan.


Menurut calon Naib Presiden KEADILAN, Mutaffa Kamil Ayub, kewibawaan Anwar pada peringkat dalaman parti telah pun terbukti apabila tiada pihak yang mencabar beliau dalam Pemilihan KEADILAN 2022


Katanya, sokongan padu yang ditunjukkan oleh 1.2 juta ahli KEADILAN itu sudah cukup untuk mengangkat Anwar sebagai tokoh terulung PH, apatah lagi berbekalkan pengalaman luas dalam gerakan rakyat di Malaysia.


"Datuk Seri Anwar Ibrahim menang tanpa bertanding sebagai Presiden KEADILAN dalam Pemilihan 2022. Ini membuktikan dukungan 100% anggota KEADILAN terhadap kepemimpinannya bagi mengemudi parti menuju PRU 15.


"Datuk Seri Anwar punya sentuhan membina gelombang tersendiri seperti ABIM pada suatu ketika, program-program pembelaan rakyat miskin serta program-program Islam dalam kerajaan, pernah menyatukan pembangkang bersama Barisan Alternatif, Pakatan Rakyat dan kemudiannya PH.


"Justeru menjelang PRU 15, sentuhan Datuk Seri Anwar sekali lagi amat diperlukan. Walaupun ada yang cuba memperkecilnya lewat pengalaman Pilihan Raya Negeri Melaka, Sarawak dan Johor, namun hakikatnya PRU 15 mempunyai latarbelakang nasional, pendekatan dan isu yang berbeza," kata Mustaffa.


Bagi mantan Naib Presiden KEADILAN itu sebaik sahaja pemilihan kali ini selesai, pasukan baharu kepimpinan sewajarnya menyelesaikan segera isu persefahaman politik sama ada di dalam mahupun di luar PH untuk mengembalikan gabungan itu ke tahap kekuatannya sebelum PRU 14 lalu.


"PRU 15 hanya beberapa bulan lagi. Pengundi Melayu dan muslim memerlukan sentuhan yang lebih daripada pasukan Datuk Seri Anwar.


"Kerangka baharu persefahaman politik perlu lebih inklusif dan menyeluruh dalam proses membentuk Kerajaan yang lebih stabil, berintegriti dan dinamik dengan Datuk Seri Anwar selaku terajunya.


"Oleh itu, pelan strategik yang menyeluruh Menjana Kemenangan PRU 15 diperlukan dan dilaksanakan bersungguh-sungguh bagi mencapai kejayaan," katanya lagi.


Selain itu, tambah mantan Setiausaha Agung KEADILAN itu lagi, Anwar adalah satu-satunya tokoh semasa yang mampu merealisasikan Agenda Reformasi Malaysia dengan semangat Deklarasi Permatang Pauh, serta tunggak Perlembagaan Negara Raja Berpelembagaan, Islam Agama Persekutuan, Hak Istimewa Melayu serta pembelaan agenda rakyat disemarakkan.


Katanya, beliau yakin KEADILAN akan melakukan kebangkitan semula selepas pemilihan ini apabila menemui formula kemenangan yang sesuai.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER