top of page

Menuju PRU 15: 'jika boleh runding, tidak perlu perang' - Afdlin Shauki



Pemilihan KEADILAN 2022 yang sedang hangat bahang kempennya seolah olah menyediakan kepada ahli parti dua kem yang bertentangan ideologi.


Satu kem menyiapkan pasukan perang menentang parti parti yang tidak sehaluan pada Pilihan Raya Umum ke 15 dan satu pasukan lain digambarkan akan berunding membentuk kerjasama.


Bagi calon Ketua Cabang KEADILAN Setiawangsa, Datuk Afdlin Shauki Aksan yang banyak kali ke Palestin dan Syiria melihat peperangan, perang sebaik baiknya dijadikan sebagai solusi terakhir apabila rundingan tidak boleh menyelesaikan masalah.


"Kalau kita tengok Nabi SAW peperangan adalah pilihan terakahir. Sebelum itu sabar. Kalau kita borak pasal politik pula, kita kena ingat salah satu aspek penting adalah rundingan. Kita pembangkang kita runding dengan kerajaan.


"Kita tengok baru baru ini rundingan pembangkang - kerajaan telah membuahkan hasil. Ada undang undang yang disetujui (diluluskan). Ada yang tidak setuju kita debat.


"Saya tengok perang dengan mata saya. Perang ini ada trauma, tidak memenangkan sesiapa. So runding. Saya adalah orang yang dekat kepada perundingan. Ini menunjukkan politik kita matang. Rundingan menunjukkan ahli politik pandai menggunakan peluang yang ada membantu rakyat


"Tetapi nak perang hujung dia (tiada pilihan), kita peranglah," katanya dalam forum yang dimoderatorkan oleh Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin baru baru ini.


Ditanya mengenai calon pilihan timbalan presiden, Afdlin mengakui kedua dua calon jawatan nombor dua itu hebat dan ada kelebihan masing masing.


Cuma beliau akan memilih calon yang setia kepada presiden sebagai keutamaan.


"Saya minat kedua dua calon timbalan kerana kedua dua ada kekuatan berbeza. Namun pilihan saya seorang yang menjadi orang nombor dua mesti mempunyai visi dan mempunyai kebolehan untuk bekerjasama dengan Anwar.


"Dia akan menjadi jeneral. Panglima perang menyurakan keinginan presiden kepada semua orang di samping mempunyai idea bernas," katanya.


Afdlin berkata, beliau bertanding di Setiawangsa setelah berfikir panjang dan terdapat pihak yang bertemunya untuk meminta bantuan.


Menyifatkan seperti sampan yang tidak stabil maka beliau berharap akan menjadi faktor penstabil sekiranya menang sebagai ketua cabang.


"Saya duduk Setiawangsa sudah 25 tahun. Orang kenal saya di sini.


"Kita kalau naik sampan tak ada ombak tidak akan goyang. Oleh sebab itu ada yang datang mencari saya untuk kerjasama, boleh tak tolong stabilkan sampan. Jika tak ada masalah mereka tidak cari saya.


"Sekarang ada masalah sebab itu ramai yang pecah otak macam mana nak cari solusi.


"Saya (tawarkan diri) sebagai alternatif. Tetapi kalau rasa betul penyandang (jawatan) Nik Nazmi, dia buat bagus maka boleh pilih.


"Pada saya kita bagi alternatif. Kita tidak buruk burukkan sesiapa. Jika saya menang team sebelah sana harap akan sokong saya, sama juga jika tidak menang maka team saya akan sokong mereka," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page