top of page

"Menua dengan Bermaruah" fokus perjuangan Ker Chean sebagai Naib Ketua Wanita KEADILAN



Pelbagai isu yang dibawa oleh calon calon dalam Pemilihan KEADILAN 2022 kali ini membuktikan parti mempunyai pemimpin yang berkaliber di semua peringkat.


Bagi calon Naib Ketua Wanita KEADILAN pusat Loh Ker Chean, beliau lebih memilih memperjuangkan hak warga tua untuk lebih terbela pada penghujung usia mereka.


Menurut Ker Chean, kerajaan setakat ini tidak mempunyai dasar yang jelas terhadap penjagaan warga emas dan anak anak yang membela kedua orang tua mereka.


"Rentetan pasca pandemik Covid 19, isu tekanan kewangan dan kesihatan mental yang dihadapi oleh isi rumah, terutama bagi pasangan suami isteri yang perlu menjaga anak-anak dan pada masa yang sama, mempunyai ibu bapa di bawah tanggungan mereka.


"Maka mereka ini disebut sebagai “generasi tersepit.” Hal ini kerana terdapat situasi di mana pasangan suami isteri yang bekerjaya menanggung kos pusat penjagaan kanak kanak dan kos rawatan serta penjagaan ibu bapa mereka yang sudah uzur. Terdapat situasi lain di mana ibu bapa yang uzur tidak tinggal bersama anak-anak dan hal ini akan menyebabkan pengabaian warga emas terjadi.


"Kebarangkalian bagi mana-mana rakyat Malaysia menjadi “generasi tersepit” adalah sangat tinggi dan proses penuaan tidak dapat dielakkan di mana memerlukan sistem sokongan dari orang lain untuk pengurusan sehari-hari.


"Negara Malaysia akan menjadi negara tua dalam tempoh 8 tahun dari sekarang iaitu tahun 2030 apabila dijangka 15.3% daripada jumlah keseluruhan penduduk adalah berusia 60 tahun ke atas.


"Persoalannya, apakah dasar dan usaha kerajaan kini dalam persiapan menuju negara tua? Apakah penyelesaian ditawarkan oleh kerajaan terhadap keperluan penjagaan warga emas yang semakin meningkat?" tanyanya.


Tegas Ker Chean, beliau membawakan isu berkenaan kerana hal itu tidak banyak dibawa oleh mana mana ahli politik dalam blok kerajaan mahu pun pembangkang


Katanya tidak adil membebankan, misalnya kaum wanita menjaga orang tua mereka tanpa apa apa bantuan daripada kerajaan.


"Saya komited membawa isu generasi tersepit dan warga emas ini kerana menyedari tugas-tugas penjagaan selalunya digalas oleh kaum wanita kerana sifat semula mereka yang lebih penyayang dan empati. Gagasan saya adalah menawarkan solusi bagi membantu kaum wanita yang terkesan dan sekaligus menjamin kesejahteraan warga emas.

 

"Saya menggenggam erat tekad "Menua dengan Bermaruah" sebagai inti sari perjalanan pemilihan saya. Saya yakin perwujudan sistem sokongan sosial, kesihatan dan perlindungan warga emas yang holistik wajib disegerakan

 

"Bagi tujuan itu, saya memerlukan undi dan sokongan dari anggota KEADILAN dan diberikan mandat sebagai Naib Ketua Wanita Pusat untuk saya memperjuangkan isu kritikal ini," katanya.


Justeru menurut Ker Chean, beliau bakal meluncurkan projek ‘Khidmat Cakna’ (KC) yang akan bermula dengan penyertaan sukarelawan di laman web: www.khidmatcakna.com dalam masa terdekat


"Saya menyeru semua untuk bersama saya merealisasikan Gagasan ini bagi menjamin kesejahteraan keluarga dan warga emas.

 

"Undi saya, Loh Ker Chean, Calon No. 2 bagi Naib Ketua Wanita Pusat," katanya lagi.


Ker Chean dalam pemilihan kali ini berada dalam pasukan Calon Ketua Wanita Pusat, Senator Fadhlina Sidek yang baru baru ini telah melancarkan inisiatif tawaran yang terdiri daripada 3 komponen penting iaitu Lawa, Bangkit dan Asak.


Beliau juga menyokong penuh aspirasi “Politik Khidmat Kebaktian” yang diperkenalkan oleh Fadhlina.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page