top of page

Menu Rahmah dapat sambutan baik di Selangor - Exco



Menu Rahmah yang telah berkembang ke seluruh negara mendapat sambutan baik di Selangor yang sebahagian besar penduduknya bekerja di sektor industri dan perniagaan.


Menurut Exco Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal Selangor, Mohd Zawawi Ahmad Mughni, menu tersebut didapati telah berjaya mengurangkan kos hidup kehidupan terutama kepada golongan B40.


"Saya (hari ini) berada di kedai yang menawarkan 11 Menu Rahmah, menu yang ditawarkan menarik, sedap dan sangat berpatutan, juga berkhasiat.


"Saya juga tidak nampak makanan ini boleh menjadi punca penyakit atau benda yang tak sewajarnya (kepada pelanggan).


"Saya menyeru kepada mana mana kedai yang ingin mempromosikan Menu Rahmah memilih satu atau dua menu untuk ditawarkan kepada pelanggan bagi membantu meringankan kos sara hidup, kerana kita tahu kos makanan sekarang ini meningkat," katanya kepada Suara Keadilan ketika merasmikan Menu Rahmah di Restoran Deli Thai di Shah Alam, pagi tadi.


Ahli Dewan Negeri Sungai Kandis itu berkata, sehingga kini difahamkan lebih 300 restoran telah pun menyertai program Menu Rahmah berkenaan.


"Saya difahamkan oleh pihak KPDN sudah lebih 300 premis yang menawarkan Menu Rahmah dan saya yakin lebih banyak kedai akan ikut serta


"Selain berniaga dapat juga beramal dan yang penting halalan toyibah," katanya lagi.

0 comments

Kommentit


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page