top of page

Menteri Wilayah teruskan perbincangan hala tuju penduduk Setia Jaya



Nasib penduduk kampung Setia Jaya, Setapak, Kuala Lumpur yang menjadi bahan manipulasi pembangkang sebelum ini kerana tanah penempatan mereka menjadi milik TAR College Foundation terus diberi perhatian khusus oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Dr Zaliha Mustafa.


Semalam, Dr Zaliha mengadakan perbincangan bersama wakil dari TAR College Foundation berkenaan pembangunan yang bakal dilakukan di kawasan tersebut membabitkan penduduk yang dipindahkan.


"Perbincangan bersama wakil dari TAR College Foundation yang diwakili oleh Tan Sri Lim Keng Cheng dan Datuk Seri Yew Teong Look berkenaan isu Kampung Setia Jaya di Parlimen petang tadi.


"Ini merupakan perbincangan lanjutan atau progress meeting berkaitan isu penempatan penduduk di Kampung Setia Jaya. Suka untuk saya maklumkan bahawa perbincangan tersebut berjalan dengan cukup positif.


"Beberapa cadangan penyelesaian dibincangkan dan pastinya rundingan terhadap isu legasi yang tertangguh hampir 30 tahun ini akan dimuktamadkan," katanya dalam catatan di Facebook.


Turut serta dalam perjumpaan tersebut adalah wakil rakyat Wangsa Maju, Zahir Hassan yang membawa suara penduduk dalam perbincangan berkenaan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page