Menteri Wilayah mahu Labuan jadi destinasi pelancongan terkemuka
- Redzuan Shamsudin
- Feb 19, 2024
- 1 min read

Menteri Wiayah Persekutuan, Dr Zaliha Mustafa mahu Wilayah Persekutuan Labuan menjadi destinasi pelancongan terkemuka.
Hal itu dinyatakan beliau sewaktu lawatan ke Desa Tunas Hijau Labuan semalam.
"Saya singgah ke Desa Tunas Hijau Labuan atau lebih dikenali dengan nama Desaland Labuan untuk minum petang.
"Desa Tunas Hijau Labuan ini mempunyai keunikannya tersendiri dan berkonsepkan eko-pelancongan serta merupakan salah satu tempat tumpuan pelancong di Labuan.
"Saya hadir ke sini bagi memberikan sokongan kepada pengusaha tempat tumpuan pelancongan. Kami juga mengadakan perbincangan berkenaan potensi untuk mengembangkan produk-produk pelancongan di Labuan," katanya dalam catatan di Facebook
Beliau berharap lebih banyak tarikan pelancongan yang unik diwujudkan di pulau bebas cukai tersebut bagi menjadikannya destinasi pelancongan antarabanagsa.
"Hasrat saya adalah untuk melihat Labuan menjadi antara salah satu destinasi tumpuan pelancongan terkemuka," katanya lagi.
Comments