top of page

Menteri Wanita cuai, tidak bertanggungjawab - Wanita PH


Tindakan Timbalan Menteri di Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Siti Zailah Mohd Yusoff mendedahkan identiti kanak-kanak di media sosial disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab, kata Wanita Pakatan Harapan (PH).


Ini selepas Zailah berkongsi gambar menziarahi kanak-kanak tersebut yang merupakan anak kepada mangsa pembunuhan baru-baru ini telah tular di media sosial dan media arus perdana sehingga nama dan gambar kanak-kanak ini dilaporkan di muka surat pertama Utusan Malaysia bertarikh 5 Ogos 2020.


Dalam kenyataan bersama Fuziah Salleh (KEADILAN), Aiman Athirah (AMANAH) dan Chong Eng (DAP), Wanita PH menegaskan bahawa tindakan itu adalah bertentangan dengan Akta Kanak-Kanak yang melindungi kepentingan, kebajikan dan keselamatan kanak-kanak.


"Sebagai kementerian yang menjadi pemegang taruh terpenting isu kanak-kanak di Malaysia, beliau seharusnya lebih peka dan sensitif terhadap hak kanak-kanak tersebut dan menjadi teladan baik kepada orang awam dan pihak media.


"Tragedi dan keadaan traumatik kanak-kanak ini sepatutnya tidak disebarluaskan untuk tontonan umum apatah lagi dijadikan ruang oportunis meraih sokongan politik.


"Wanita PH menggesa semua pihak termasuk pimpinan kerajaan Perikatan Nasional dan Utusan Malaysia untuk memahami dan menghormati perundangan sedia ada yang melindungi kanak-kanak di Malaysia," menurut kenyataan itu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page