Menteri, Timbalan Menteri KPDNHEP didesak letak jawatan



Kenaikan harga barang keperluan harian yang seolah-olah di luar kawalan tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia ketika keadaan aman.


Sehubungan itu, Jawatankuasa Kos Sara Hidup Pakatan Harapan (PH) memandang serius kenaikan harga bahan makanan seperti ayam, telur ayam dan sayur-sayuran yang berlaku sejak kebelakangan ini.


Menurut mereka, pelbagai cadangan telah dikemukakan kepada kerajaan oleh NGO, pakar ekonomi juga rakyat jelata, namun tidak banyak yang dilaksanakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan keadaan masih juga tidak berubah.


"Begitu juga, Ahli-ahli Parlimen PH telah kerap membangkitkan isu ini di Parlimen dengan tujuan Menteri dan Timbalan Menteri KPDNHEP mengambil langkah-langkah segera dalam menyelesaikan masalah kenaikan harga barangan asas


"Banyak cadangan konkrit telah dikemukakan tetapi sehingga ke hari ini ternyata Menteri dan Timbalan Menteri masih gagal menangani krisis kenaikan harga barang makanan. Kini dilaporkan harga roti juga telah naik. Tidak lama lagi harga tepung, gula dan beras juga dilapor akan naik," kata mereka.


Justeru itu, menurut Jawatankuasa Kos Sara Hidup PH, tiada gunanya Menteri dan Timbalan Menteri KPDNHEP kekal dijawatan masing masing sekiranya mereka tidak cekap melakukan kerja atau malah tidak faham peranan masing masing.


"JK Kos Sara Hidup PH merumuskan bahawa Kerajaan yang ada sekarang telah gagal mengatasi isu kenaikan harga barang-barang makanan.


"Maka dengan itu kami mendesak kedua-dua orang Menteri Dan Timbalan Menteri KPDNHEP supaya mengambil tanggungjawab dengan meletakkan jawatan segera," kata mereka lagi.


Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Hassan Abdul Karim (Ahli Parlimen Pasir Gudang, KEADILAN), Datuk Hasanuddin Mohd Yunus (Ahli Parlimen Hulu Langat, AMANAH), Chong Chieng Jen (Ahli Parlimen Stampin, DAP), Natrah Ismail (Ahli Parlimen Sekijang, KEADILAN), Sivakumar Varatharaju Naidu (Ahli Parlimen Batu Gajah, DAP), Norhayati Bachok (Ahli Dewan Undangan Negeri Maharani, AMANAH), Chan Foong Hin (Ahli Parlimen Kota Kinabalu, DAP), Asmirul Anuar Aris (Ahli Dewan Undangan Negeri Kubang Rotan, AMANAH) dan Cha Kee Chin (Ahli Parlimen Rasah, DAP).


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER