top of page

Menteri 'tidur' harga ayam naik paling tinggi dalam sejarah



Harga runcit ayam RM9.50 sekilogram mencatat rekod paling tinggi dalam sejarah Ramadan sejak sedekad lalu.


Menurut Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH), Shazni Munir Mohd Ithnin, walaupun harga komoditi itu sering meningkat menjelang musim perayaan namun tidak pernah mencecah siling RM9.00.


Katanya, kenaikan kali ini berpunca daripada Menteri Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang lemah dan 'tidur' sehingga gagal mengawal pemborong menaikkan harga sesuka hati ketika bekalan ayam stabil.


"Harga ayam segar di beberapa buah negeri menunjukkan kenaikan antara 50 sen hingga RM1.50. Kebanyakan pembekal atau pemborong mengambil kesempatan menjelang bulan Ramadan dan Syawal kali ini untuk mengaut keuntungan lebih daripada biasa.


"Hasilnya, ada peniaga yang terpaksa menjual dengan harga RM9.50 hingga RM10 sekilogram. Hal ini sangat membimbangkan kerana kenaikan harga yang ketara berbanding tahun-tahun sebelum ini.


"Menteri dan timbalan menteri yang ‘tidur’ masih tiada langkah proaktif. Membuktikan ini adalah sebuah #KerajaanGagal dan tidak peduli nasib rakyat.


"Rakyat bukan sahaja ditekan pelbagai SOP yang ketat, bahkan di sesetengah negeri seperti Kelantan langsung tidak dibenarkan berniaga di bazar Ramadan. Sudahlah tidak mempunyai berpeluang mencari rezeki, harga bahan mentah pula melambung tinggi," katanya dalam satu kenyataan.


Lebih malang lagi, kata Shazni sikap penafian KPDNHEP dalam kenyataan sebelum ini kononnya tidak wujud kenaikan harga bahan mentah amat mengecewakan.


Menurut Shazni, sekiranya menteri tiada idea untuk mengawal harga maka contohilah polisi kerajaan PH pada Ramadan 2018 dan 2019 yang berjaya mengelakkan harga komoditi makanan melambung di musim perayaan.


"Ironinya, tinjauan media mendedahkan wujud kenaikan harga di beberapa negeri. Lantas kita menggesa agar menteri yang bergaji besar itu segera bangun dari ‘tidur’ dan laksanakan satu mekanisme kawalan harga.


"Seandainya #KerajaanGagal ini kekeringan idea, cedok sahaja mekanisme yang telah digunapakai ketika PH mentadbir.


"PH (dahulu) meletakkan kebertanggungjawaban di bawah Timbalan Perdana Menteri yang mengetuai Majlis Tindakan Sara Hidup Negara. Majlis ini berperanan mengkoordinasi kementerian-kementerian yang terlibat dalam memastikan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHMP) benar-benar dilaksanakan dan harga barangan terkawal," katanya lagi.


Justeru, Shazni menasihatkan kerajaan PN agar memastikan bekalan bahan mentah dan keperluan harian mencukupi menjelang Syawal serta tiada kenaikan harga barangan yang membebankan.


Katanya, kebajikan rakyat wajib menjadi perhatian utama kerajaan dalam tempoh pandemik. Rakyat sudah acap kali menjadi mangsa dengan pelbagai peraturan dan kompaun yang tidak berasas. Jangan dibiarkan rakyat terus merana dengan kenaikan harga barangan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page