top of page

Menteri langgar kuarantin bahayakan sidang Parlimen - Dr Lee


Tindakan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Khairuddin Aman Razali yang tidak menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari sebaik sahaja mengadakan lawatan kerja di luar negara dilihat amat membimbangkan.


Malah, bekas Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye mempersoalkan bagaimana Khairuddin boleh dibenarkan menghadiri sidang Dewan Rakyat.


"Tindakan tegas harus diambil kepada menteri yang terlibat.


"Bagaimana orang yang balik dari Turki, sebuah negara yang mempunyai sebanyak 250,000 pesakit COVID-19 dan hampir 6,000 kematian boleh dibenarkan hadir ke Parlimen? Ini akan membahayakan ahli-ahli parlimen yang hadir.


"SOP penguatkuasaan mesti jangan 'double standard'. Orang biasa didenda tetapi menteri terlepas," katanya di Dewan Rakyat.


Dr Lee yang juga merupakan Ahli Parlimen Gopeng mengulas pendedahan Ahli Parlimen Suputeh, Teresa Kok berhubung pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 yang dilakukan oleh Khairuddin.


Di Parlimen, Teresa mendakwa bahawa Khairuddin berkunjung ke Turki pada 3 hingga 7 Julai tetapi hadir ke sidang Parlimen pada 13 Julai.


Ia jelas menunjukkan bahawa Khairuddin tidak menjalani tempoh kuarantin 14 hari yang diwajibkan oleh kerajaan ke atas mana-mana individu yang pulang dari luar negara.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page