top of page

Menteri Rina Harun, Radzi Jidin mesti bertanggungjawab lindungi keselamatan kanak-kanak


Kenyataan Ketua Polis Ibu Pejabat Daerah Sungai Buluh yang menjelaskan kes gangguan seksual terhadap seorang kanak-kanak sebelum ini telah diklasifikasikan sebagai NFA (no further action) atau tiada tindakan susulan amat membimbangkan.


Menurut Pengerusi Biro Guaman dan Pembangunan Komuniti Wanita KEADILAN, Fadhlina Sidek, keadaan tersebut selain menegaskan perlunya akta khusus gangguan seksual yang sepatutnya dibentangkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), juga menekankan kepada perlunya keprihatinan Kementerian Pendidikan dalam menyemak kod pengajaran dan pembelajaran di sekolah.


"Saya merujuk kepada laporan media bahawa seorang kanak-kanak berhadapan dengan tindakan undang-undang terkait dengan pernyataan fitnah. Dilaporkan ia adalah berkaitan aduan beliau tentang gangguan seksual dan advokasi beliau yang terkait rapat dengan isu gangguan seksual di sekolah.


"Secara prinsipnya, saya menegaskan bahawa pihak autoriti yang harus bertanggungjawab dalam isu ini adalah menteri KPWKM iaitu Rina Harun dan Menteri Pendidikan, Radzi Jidin yang sepatutnya tampil menjelaskan kepada masyarakat berkaitan isu perlindungan dan proses siasatan berkaitan aduan awal kanak-kanak tersebut.


"Malah dalam aduan kes gangguan seksual, kanak-kanak sebagai pemandiri, sepatutnya diberikan jaminan keselamatan dan perlindungan.


"Malangnya baik Rina Harun mahupun Radzi Jidin telah gagal memastikan perlindungan ke atas kanak-kanak ini malah gagal memberikan komitmen untuk memastikan sekolah terus menjadi tempat yang selamat untuk kanak-kanak di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan.


Bagi Fadhlina, sikap berdiam diri Menteri Pendidikan juga amat tidak membantu malah menyebabkan rakyat tertanya-tanya adalah kementerian beliau telah menjalankan siasatan.


"Sehingga kini tiada sebarang makluman berkaitan proses siasatan di peringkat Kementerian Pendidikan dimaklumkan kepada awam berkaitan aduan kanak-kanak tersebut dan tiada sebarang respon daripada KPWKM berkaitan menyegerakan RUU Akta Gangguan Seksual di Parlimen.


"Kanak-kanak adalah masa depan negara. Komitmen untuk melindungi mereka adalah komitmen kerajaan dan silang kementerian yang mesti mengutamakan hak kanak-kanak dalam semua keadaan.


"Rina Harun dan Radzi Jidin telah gagal menyediakan ekosistem selamat untuk melindungi kehormatan dan mempertahankan maruah seorang kanak-kanak yang sepatutnya berasa selamat dalam tempoh persekolahannya," kata beliau lagi.


Semalam, Ketua Polis Sungai Buloh, Shafa'aton Abu Bakar mengesahkan tiada tindakan susulan dalam kes gangguan seksual yang melibatkan seorang pelajar sebelum ini. Beliau berkata keputusan itu dibuat pada 8 Jun lalu.


Kes itu mendapat perhatian selepas pelajar berusia 17 tahun, Ain Husniza Saiful Nizam membuat dakwaan berlaku gangguan seksual dalam kelasnya di media sosial pada April lalu.


Selain itu, guru yang didakwa 'dirugikan' dengan pendedahan dilaporkan telah membuat tuntutan RM1 juta terhadap Ain, sebagai ganti rugi atas kenyataan tersebut.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page