top of page

Menteri Pertanian jamin bekalan bahan mentah mencukupi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 7, 2024
  • 1 min read

ree

Orang ramai tidak perlu khuatir mengenai ketersediaan bekalan makanan dan bahan mentah bagi menghadapi sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.


Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu memberi jaminan bahawa pihaknya melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan memastikan barangan keperluan itu mencukupi di pasaran.


"Pihak kementerian memberi jaminan bekalan daging, ayam dan sayur sayuran cukup sepanjang sambutan Aidilfitri.


"Kita yakin pengguna tidak akan hadapi masalah mendapatkan barang keperluan Hari Raya kerana persediaan awal menambah bekalan sentiasa dibuat oleh agensi di bawah KPKM," katanya.


Mohamad berkata begitu kepada pemberita selepas melancarkan Jualan Semarak Syawal Agro MADANI peringkat kebangsaan 2024 di Pasar Tani Taman Sri Andalas, di Klang pada Sabtu.


Jualan Semarak Syawal Agro MADANI diadakan di 113 lokasi daripada 753 outlet pasar tani di seluruh negara bermula 3 April sehingga menjelang sambutan Aidilfitri.


Usaha ini bertujuan memberi peluang kepada usahawan untuk mengadakan jualan semasa musim sambutan Aidilfitri yang mendapat permintaan tinggi daripada pengunjung.


Sementara itu menurut Mohamad, kementeriannya akan turut memastikan bekalan di setiap lokasi Jualan Semarak Syawal Agro MADANI juga adalah mencukupi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page