top of page

Menteri Pertahanan merewang, tanya ketelusan tender, jawab kapal perang tidak siap



Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Hussien berkali kali dicelah oleh Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sesi petang perbahasan Dewan Rakyat semalam apabila enggan menjawab soalan berkaitan perolehan aset Angkatan Tentera Malaysia pada 2010 dan 2011.


Ahli Parlimen Anwar Ibrahim (PH - Port Dickson) mencelah ucapan penggulungan Kementerian Pertahanan untuk Rancangan Malaysia Ke 12 apabila Hishamuddin tidak menyentuh pertanyaan beliau sebelumnya tentang kontrak aset pertahanan bernilai berbilion ringgit.


"YB menteri, ini melibatkan soalan saya berulang kali melibatkan saya kontrak berbilion rnggit. Kita nak tanya apa prosesnya, apa ketelusannya?


"Kalau tidak komisen banyak yang ... Saya dapat maklumat saya tak mau bangkitkan. Nak penjelasan menteri baru saya soal balik," katanya.


Hishamuddin menjawab bahawa Port Dickson tidak hadir pada sesi pagi dan dia cuba menjawab pada sesi petang.


Bagaimanapun Menteri menjawab mengenai kelewatan pembuatan Littoral Combat Ship (LCS) yang sepatutnya hampir siap tetapi hanya 57% selesai, dan kerajaan mengenakan denda lewat sebanyak 38%


Jawapan itu dicelah Port Dickson kerana yang ditanya mengenai soal prosedur dan proses tender, bukan kelewatan


Hishamuddin berkata proses tender tidak banyak berubah dari kerajaan dahulu sehingga sekarang. Apa yang menjadi kes adalah kelewatan.


Anwar bangun sekali lagi menekankan isu ketelusan tender.


"Tak jawab soalan saya, proses tender dipatuhi atau tidak? Siapa yang bida, berapa kosnya. Saya tanya LCS," kata beliau.


Namun Hishamuddin mengalih jawapan bahawa kerajaan Pakatan Harapan juga menghadapi isu sama ketika menerajui Kementerian Pertahanan.


Anwar bangun sekali lagi menekankan isu perolehan.


"Sebut 2010 putuskan, 2011 sebelas luluskan. Saya nak tanya spesifik, yang nak merewang tempat lain pasal apa? Nak tanya, saya boleh buka fail Kementerian Kewangan. Tak ingat tetapi boleh. Saya tak terlibat.


"Masa saya, Menteri Pertahanan Pekan, boleh tanya. Saya nak tahu 3 - 4 tajuk saya beri, berapa kosnya, siapa agen supaya kita tahu. Ini membantu YB Menteri juga supaya tiada tempiasan kepada beliau," katanya.


Bagaimanapun, Hishamudin masih enggan menjawab isu tender sebaliknya berpaut pada penjelasan kelewatan pembuatan LCS.


Anwar mencadangkan Menteri Pertahanan beri notis kepada dewan untuk menjawab secara menyeluruh sekiranya jawapan memakan masa lama.


"Saya tanya. Kalau tak boleh jawab 2010, minta notis dan berikan jawapan. 2018 saya tidak terlibat dalam kerajaan. Usah ulang yang itu.

"Ada juga kontrak yang lulus semasa saya menteri saya dah sebut dalam ucapan saya, saya percaya staf boleh teliti. Masa YB sendiri apakah proses itu dipatuhi. Saya tak buat kenyataan melulu atau kabur. Jelas saya tumpukan spesific items. Soalan saya tanya pun spesifik.


"Yang diluluskan baru-baru ini, itu yang saya nak," katanya.


Perdebatan itu berakhir apabila Speaker dewan Datuk Seri Azalina Othman Said masuk campur dan meminta menteri memberi jawapan secara bertulis kepada Ketua Pembangkang.








0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page